Beberapa hari lepas tekak terasa nak makan bubur tapi tak tahu nak makan bubur dengan apa selain ikan bilis dan sambal. Teringat pula dalam peti ais ada kacang buncis ni. Selain boleh buat kacang buncis telur, boleh juga cuba untuk buat kacang buncis bilis goreng belacan ni.
Nak buat pun senang, bahan-bahan mudah nak dapat. Jom kita tengok resepi ni.
Bahan-bahan
- Kacang buncis
- Cili kering yang dikisar
- Cili api, bawang putih, bawang merah dan cili merah ditumbuk/kisar
- Belacan bersama bahan di nombor 2
- Ikan bilis
Cara masak
- Goreng ikan bilis sehingga garing
- Tumis cili api, bawang putih, bawang merah, belacan dan cili merah yang dikisar/tumbuk tadi
- Masukkan cili kering yang dikisar tadi
- Garam dan gula secukup rasa
- Masukkan kacang buncis
- Bila kacang buncis dah agak masak tutup api dan biarkan sebentar sehingga sejuk baru masukkan ikan bilis tadi bagi memastikan ikan bilis kekal garing
- Dah boleh makan dengan nasi panas dan kicap atau bubur :)