Sempena Raya ke-3 Aidiladha yang yang lepas, kami telah berkesempatan untuk ke Restoran Wangsa Grill Wangsa Maju untuk menikmati western food selepas puas menikmati daging korban masa hari raya lepas. Kebetulan adik beradik semua dah balik ke sarang masing-masing selepas berhari raya. Tekak terasa nak makan western dan teringat sebelum ini selalu nampak di FB banyak iklan Wangsa Grill ini.
Perjalanan daripada Kajang mengambil masa lebih kurang 1/2 jam. Interior design restoren ini memang sangat tenang dan cantik. Persekitaran restoren juga bersih dan lagu2 yang mengasyikkan halwa telinga.
Kami telah menikmati hidangan Steak Sirlon, Chicken Chop dan Onion Ring. Ada banyak lagi pilihan makanan di sini. Dari segi food presentation boleh bagi 9/10 dan rasa 9/10. Memang sedap. Tak rugi kalau datang mencuba makan di sini. Harga untuk western food memang berpatutan. Apa salahnya sekali sekala reward diri sendiri kan lepas penat bekerja. :)
Cuba tengok gambar di bawah ni. Tengok gambar sahaja dah menyelerakan kan... apa lagi bila makan...lagi lah sedap..:)
Kalau ada pasangan yang nak dating berdua….tempat ini memang sesuai sangat lah…:)
Kedatangan kami telah dikejutkan dengan kek dan birthday song dari owner Wangsa Grill sendiri kerana kebetulan bulan lepas adalah anniversary kami berdua dan birthday. :) Terima kasih kepada Tuan Raja Zakaria atas kejutan.
Boleh dapatkan info lanjut di FB Wangsa Grill Wangsa Maju dan IG.