Sana-sini sekarang nampak orang jual petai. Dah musim agaknya. Satu papan dijual dengan harga RM1 dan kalau 5 papan dapatlah RM5. Ada juga yang jual 7 papan dengan harga RM7. Puas makan petai.
Dengan petai ni macam-macam resepi boleh dimasak. Boleh buat sambal petai dengan ikan bilis, gulai, masak dengan sotong atau udang dan lain-lain.
Kali ni saya nak share resepi yang boleh dicuba iaitu Daging Goreng Petai.
Bahan-bahan
- Petai yang telah dibuang kulit
- Daging
- Bawang besar- dipotong bulat
- Bawang putih - dihiris
- Cili api/cili merah/cili hijau - dipotong (Nak guna ketiga-tiga cili ni pun boleh)
Cara masak
- Rebus daging sehingga empuk dahulu - boleh masukkan sedikit garam ke dalam air rebusan daging
- Goreng petai sedikit sehingga naik bau dan asingkan
- Goreng bawang besar, bawang putih dan cili api/cili merah/cili hijau sehingga naik bau
Garam secukup rasa- Masukkan daging yang telah direbus tadi dan goreng
- Masukkan petai
- Sedia untuk dimakan
Nampak sedap kan? Cuba lah dulu. Mesti rasa nak makan lagi. :)