Cuti sekolah pada Mac 2019 dah semakin hampir. Rasanya ramai yang dah survey tempat-tempat menarik dan hotel-hotel untuk penginapan seisi keluarga.
Sekiranya ada yang berhajat dan merancang untuk bercuti ke Melaka, apa kata cuba untuk menginap di Hotel Muzaffar, Melaka yang terletak di MTIC Ayer Keroh Melaka. Harga pun boleh dikirakan harga mampu milik. Bagi penjawat awam pula boleh dapat diskaun bagi harga bilik. Cuma tunjukkan kad pekerja dan akan diberikan diskaun harga.
Penginapan di sini sangat sesuai untuk yang datang untuk bercuti disamping tempat penginapan yang selesa. Rekaan yang berkonsepkan istana melayu dan pengunjung pasti tertarik juga dengan rekaan dalaman bilik hotel.
Hotel ini baru 2 tahun beroperasi dan berdekatan dengan bangunan jabatan kerajaan. Berdekatan dengan MC Donald's, Bowling dan restoren-restoren.
Bagi yang datang atas urusan kerja dan sebagainya, disediakan satu meja kecil untuk ruang bekerja dan sangat selesa. Cuma siaran TV selalu terganggu kerana menggunakan perkhidmatan Unifi yang bergantung kepada talian internet. Perkhidmatan Wifi disediakan dan memuaskan.
Laluan ke bilik-bilik juga sangat cantik mata memandang dengan hamparan permaidani yang cantik.
Perkara pertama yang saya akan lihat adalah kebersihan dan keselesaan toilet. Yes.. toilet memang bersih, cantik dan selesa.
Antara view yang kita boleh lihat dari bilik.
Area lobi yang luas untuk pengunjung menunggu.
Kursus dan bengkel juga boleh diadakan di sini bagi agensi kerajaan dan swasta. Pihak hotel menyediakan ruang/bilik untuk berbengkel dan berkursus.
Dari segi makanan pula memuaskan cuma ada sesetengah makanan yang disediakan agak pedas dan mungkin tak sesuai dengan pelancong yang datang menginap di sini.
Kemudahan kolam renang juga disediakan bagi yang membawa anak-anak untuk bercuti.
(Gambar Google) |
Secara keseluruhan, saya sangat berpuas hati sepanjang menginap di Hotel Muzaffar ini dan seakan tidak mahu balik disebabkan terlalu kagum dengan rekaan yang cantik dan keselesaan hotel yang memuaskan.
Pada yang belum pernah menginap di sini, sangat2 dicadangkan untuk memilih Hotel Muzaffar.
Selamat bercuti. :)