Rabu, 16 Januari 2019

Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson




Tak tau nak ke mana hujung minggu? Ada satu tempat yang menarik untuk sekeluarga bercuti, berkhemah dan berkhelah. Jom kita ke Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson. Apa yang menarik?

Pantai Cahaya Negeri Port Dickson ni salah satu tempat menarik di PD yang terletak di Batu 5 Jalan Pantai. Lanskap dan pemandangan yang sangat cantik ditambah pula ada platform kayu  yang membolehkan pengunjung berjalan kaki ke Pulau Burong dan menikmati pemandangan paya bakau dan bergambar.




Mempunyai kemudahan tempat letak kereta yang luas dan ada pelbagai kemudahan awam seperti toilet termasuk tempat untuk keluarga beriadah dan berkhelah. Bagi yang suka kan pemandangan yang cantik dan tenang, boleh kunjungi pantai ini. Waktu malam juga ada pengunjung yang datang untuk berkhemah dan rehat-rehat santai. Boleh datang bawa khemah sendiri dan berkhemah di bawah pokok-pokok besar dan redup. Aktiviti memancing boleh juga di sini cuma aktiviti lain tidaklah sebanyak di pantai lain.



Setakat ini, pantai ini masih lagi nampak bersih dan diharap pengunjung yang datang boleh kekalkan kebersihan. Cuma tong sampah yang disediakan agak kurang dan jauh dari tempat pengunjung berkhemah.







lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :