Salam Jumaat semua. Hari ni just nak share satu selawat yang boleh kita amalkan untuk amalan setiap hari. Ada banyak sebenarnya selawat yang boleh diamalkan cuma hari ini saya share berkaitan fadhilat Selawat Tafrijiyyah.
Selawat Tafrijiyyah ini disebut juga "Selawat Kamilah" atau " Selawat Nariyah" yang bererti sempurna atau terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan dapat menhilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT. Bagi seseorang yang menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknya mengamalkan Selawat Tafrijiyyah dengan membacanya selepas solat fardhu semampu yang mungkin.
Fadhilat Selawat Tafrijiyyah:
- Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya
- Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya
- Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya dan ditinggikan martabatnya
- Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai
- Sentiasa dilindungi daripada segala bencana dan malapetaka
- Dia sentiasa dicintai oleh semua orang
- Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan
Menurut Imam ad-Dainuri r.a.
- Amalkan setiap kali selepas selesai solat fardhu, diberkati rezeki, ditinggikan darjat dan dijanjikan husnul khatimah
- Amalkan setiap malam secara istiqamah akan tercapai segala hajat
- Amalkan setiap selepas solat hajat beberapa malam - menyelesaikan masalah
- Amalkan setiap hari, me ngetahui rahsia ghaib atau sesuatu yang dikehendaki
- Amalkan tercapai segala cita-cita dan tersingkap rahsia yang dikehendaki
Menurut Imam Qurtubi r.a
Amalkan sebanyak mungkin, Allah akan hilangkan segala dukacita dan kesusahannya, memudahkan segala urusan, mengangkat martabat dan darjat, menambahkan haibahnya, meluaskan dan membuka pintu kebajikan
Menurut Imam Sayyidi Muhammad khafi r.a
Amalkan sebanyak mungkin dalam tempoh 7 hari 8 malam, kemudian diikuti dengan doa Selawat Nariyahh, Insya allahtercapai hajat dengan baik dan sempurna