Rabu, 4 Julai 2018

Bayi 5 bulan ditemui mati di dalam peti ais pengasuh


Adam Rayqal Mohd Sufi, 5 bulan yang dilaporkan hilang selepas didakwa diambil seornag lelaki yang menyamar sebagai bapanya ditemui mati di dalam peti ais di rumah pengasuhnya di Jalan Nahkoda Kiri Tiga, Kampung Nakhoda, Batu Caves. Mayat Adam ditemui dalam bahagian atas peti ais dua pintu di rumah pengasuh tersebut kira-kira pukul 11 malam Selasa yang disumbat dalam beg berwarna hijau.

Mayat bayi tersebut ditemui selepas siasatan polis mendapati keterangan pengasuh terbabit meragukan. Polis kemudia membawa pengasuh berkenaan ke rumahnya sebelum ditunjukkan lokasi bayi itu disimpan. Mayat dibawa ke Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.


Berita ini betul-betul meruntun hati semua rakyat Malaysia. Bagaimana ada orang yang tergamak membunuh dan meletakkan bayi tersebut dalam peti ais. Terbayang-bayang kesengsaraan anak comel tersebut. Zalim. Itu sahaja perkataan yang boleh digambarkan.




Diharap keadilan dapat ditegakkan. Ini bukan isu biasa. Ini isu yang sangat besar dan mendapat perhatian umum. Di sinilah berlakunya dilema ibu yang bekerja. Terpaksa melepaskan anak untuk dijaga oleh pengasuh demi meneruskan tugas mencari nafkah. Jangan kita menuding jari kepada sesiapa pun. Jalan terbaik adalah mencari jalan penyelesaian bagi membolehkan ibu yang bekerja tidak merasakan risiko membenarkan orang lain menjaga anak-anak mereka. Kami akan kupas isu ini di posting akan datang.

Salam takziah kepada kedua ibu bapa Adam Rayqal. Syurga tempatmu sayang.


lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :