Sabtu, 3 Mac 2018

Resepi : Sambal Ikan Bilis Petai


Resepi kali ni mudah je nak disediakan dan sesuai untuk hidangan yang cepat dan ringkas. Bagi penggemar petai, resepi ni mudah dan menambahkan selera makan.

Bahan-bahan
  1. Ikan bilis
  2. Petai - dibuang kulit dan dibelah dua
  3. Kentang
  4. Bawang besar- dihiris
  5. Cili kering - dikisar
  6. Bawang putih dan merah - ditumbuk atau dikisar sekali dengan cili kering

Cara masak
  1. Goreng ikan bilis, kentang dan petai secara berasingan
  2. Tumis bawang merah, putih dan cili kering yang telah dikisar tadi
  3. Tumis sehingga garing
  4. Masukkan garam secukup rasa
  5. Masukkan bawang besar
  6. Masukkan ikan bilis, kentang dan petai
  7. Siap untuk dimakan


lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :