Review saya untuk resepi memang saya akan review resepi yang simple dan mudah untuk disediakan. Maklumlah, ramai yang suami isteri bekerja, yang bujang pun kadang-kadang balik lewat malam. So resepi yang mudah disediakan memang sesuai dengan zaman sekarang. Lagi 2 bulan pun kita dah nak menyambut Ramadhan kan. Yang simple ni la yang kadang2 menambah selera. Tak percaya cuba lah :).
Resepi kali ni ialah Kacang Buncis Telur. Bahan-bahan nak masak pun kebanyakannya memang ada dalam peti aias.
Bahan-bahan
- Kacang buncis dipotong
- Cili kisar
- Bawang putih dan bawang kecil dihiris
- Telur
Cara masak
- Tumis bawang putih dan bawang kecil yang dihiris
- Tumis cili kisar sehingga masak
- Masukkan kacang buncis
- Garam secukup rasa
- Pecahkan telur dan masukkan telur dan gaul bersama kacang buncis
- Sedia untuk dimasak
Dah siap. Sediakan nasi putih dan boleh tambah lauk lain. Jom makan.