Bercuti dan makan tak dapat dipisahkan. Kalau korang ada di kawasan Balok, Kuantan dan tak tahu mana nak cari tempat makan bersama keluarga, apa kata korang cuba di Sara Thai Kitchen. Kalau datang waktu malam, memang cantik dengan lampu-lampu yang dipasang dan ala2 garden sikit.
Sempena cuti sekolah yang lepas, kami sekeluarga sempat bercuti bersama-sama mak ayah dan adik beradik ke De Rhu Beach Resort, Kuantan. Kami sekeluarga dinner di Sara Thai Kitchen. So far makanan dan service adalah memuaskan. Cuma masa kami datang agak penuh, mungkin sebab ramai yang datang sebab cuti sekolah dan datang untuk bercuti. Perjalanan dari De Rhu Beach Resort adalah lebih kurang 2,3 minit saja. Tak jauh pun. Ada banyak lagi kedai-kedai makan ditepi-tepi jalan tu dan pilih je mana yang sesuai dengan selera.
Nampak sangat kat situ macam pelancong kan, depan kedai pun nak bergambar.:). Saja nak buat kenangan. Bukan selalu datang sini. Perjalanan dari Kajang ambil masa dalam 3-4 jam sebab ada berhenti rehat kejap.
Okay, ini adalah antara makanan yang kami order dan sempat diambil gambar sebelum masing-masing start makan sebab dah lapar :)
Kalau yang dah sampai Balok tu boleh la cuba cari Sara Thai Kitchen ni. Makanan boleh tahan sedap.