Dah ada planning ke untuk cuti sekolah ni? Atau masih mencari lagi? Bagi yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur, bolehla mencuba bawa anak-anak bercuti di Genting Highlands. Ada banyak pilihan tempat penginapan di Genting Highlands. Bajet hotel pun banyak, terpulang pada bajet korang. Review kali ni adalah Awana, Genting Highland. Hotel ni terletak di GohTong Jaya. Di Awana sesuai kalau untuk bawa keluarga bercuti ataupun untuk berkursus. Bilik sangat selesa dan besar.
|
Ruang katil yang selesa |
|
Ruang untuk menonton TV |
|
Toilet bersih dan luas |
|
Ruang untuk beristirehat sambal minum kopi
|
Bagi yang bawa anak-anak, boleh bawa anak-anak mandi di kolam renang.
|
Sumber gambar : Google
Kalau lapar tengah-tengah malam, jangan risau. Sepanjang perjalanan ke hotel, ada kedai makan mamak yang korang boleh pergi. Cuaca memang sejuk kalau keluar makan malam-malam. Di area hotel pun ada lebih kurang macam kedai runcit. Ready je la duit sebab harga lebih sikit dari yang kita beli di kedai biasa. Nak selamat beli siap-siap sebelum sampai hotel. Dari segi makan, bolehlah bagi 6/10 sebab pilihan makanan tak banyak sangat. Untuk kemudahan hotel, saya bagi 8/10.
Untuk ke puncak taman tema Genting pula boleh dapatkan khidmat Shuttle Bus yang disediakan oleh pihak hotel. Yang berhajat untuk bercuti ke Genting Highlands, boleh pertimbangkan untuk menginap di Hotel Awana.
|