Rabu, 28 Mac 2018

De Rhu Beach Resort, Kuantan



Cuti sekolah yang lepas kami juga tak melepaskan peluang untuk bercuti. Destinasi kali ini adalah di De Rhu Beach Resort, Kuantan. Perjalanan dari Kajang mengambil masa lebih kurang 3-4 jam dengan mengambil kira masa untuk berhenti berehat.

Melalui Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dan susur keluar (exit) Jabor. De Rhu Beach Resort ni so far memang sesuai bagi yang datang dengan family dan sesuai untuk Family Day.

Bilik dan katil memang besar (tak sempat nak ambil gambar) dan sesuai dengan yang datang dengan satu family yang ramai. Cuma maybe untuk future, pihak resort boleh tambah baik lagi untuk kemudahan lain. Area lobi pun memang besar  dan sesuai kalau nak berehat-rehat sambil tunggu anak cucu mandi di kolam.




Yang paling best ialah kemudahan pool untuk anak-anak mandi. Bukan anak je yang masuk dalam tu, mak ayah pun sama. :). Tapi anak-anak digalakkan mandi dengan pengawasan orang tua. Kawasan pun agak luas untuk anak-anak mandi dan berpuas hati.






Di belakang resort, kalau korang sukakan pantai, boleh la berjalan kaki sikit ke pantai. Nampak dekat tapi jauh sikit bila berjalan nak ke pantai. Bolehlah exercise kan pagi2 tu sambil bermain dengan pasir. :)






Kalau nak dinner, sepanjang jalan nak ke resort memang ada banyak kedai makan dan menjadi pilihan kami adalah Sara Thai Kitchen sebab sangat selesa kalau datang ramai-ramai dengan family. Mungkin untuk next percutian, korang boleh cuba datang sini untuk lari dari kesibukan kota.


lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :