Khamis, 29 Mac 2018

3 Langkah Mudah Semakan Daftar Pemilih PRU14 2018

2,3 minggu ni memang panas dengan berita tentang Pilihanraya Umum (PRU14) 2018. Berita dari tarikh bila nak bubar parlimen sampailah berita bila nak mengundi.

Ok. Kita tinggalkan dulu berita-berita tu selagi belum rasmi. Apa kata kita semak dulu nama kita dalam Semakan Daftar Pemilih untuk semak Lokaliti, Daerah Mengundi, DUN, Parlimen dan Negeri untuk mengundi. 

1. Masuk website SPR di www.spr.gov.my


2. Klik SEMAK. Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan Aksara Captcha yang dipaparkan dan klik Semak



3. Maklumat Daftar Pemilih Yang Telah Disahkan dipaparkan. Boleh cetak untuk rekod.


Mudah kan? Sekiranya masih belum ada nama dalam daftar pemilih, korang perlu mendaftar sebagai  pemilih sebelum boleh mengundi. Yang belum mendaftar, cepat daftar.  Apa syarat untuk mendaftar?

Syarat-syarat kelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih adalah seperti yang berikut:
  • Seorang warganegara Malaysia;
  • Telah mencapai umur 21 tahun;
  • Bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan; dan
  • Tidak dihalang/hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa. 
Layak mendaftar atau tidak? Boleh dapatkan maklumat di laman web SPR dan pilih menu Pendaftaran Pemilih.


Selamat Mencuba!

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :