This is your first visit to this page. Welcome!

Selasa, 2 Januari 2018

Cara Mengatasi Masalah Cap Jari Pada Kad Pengenalan


Kad pengenalan (IC) memang menjadi satu dokumen yang penting dalam semua urusan. Salah satu urusan yang memerlukan pengesahan kad pengenalan ialah bagi membuka akaun bank. Baru-baru ini saya berhajat untuk membuka akaun simpanan di Bank Muamalat. Sebelum ini memang saya ada masalah pada pengesahan cap jari untuk kad pengenalan. Bukan setakat untuk buka akaun bank, untuk mengeluarkan duit juga menjadi masalah kerana semua bank telah menggunakan pengesahan pada kad pengenalan. Selalunya kalau dalam 10 kali percubaan, cuma sekali sahaja yang lepas.

Okaylah, berbalik pada kes saya tadi. Seperti yang dijangka, saya gagal untuk membuka akaun bank disebabkan tidak dapat membuat pengesahan pada kad pengenalan saya disebabkan masalah pada cap jari saya. So saya disarankan oleh pegawai bank tersebut untuk pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi meminta surat pengesahan yang menyatakan ada masalah pada jari saya.


Disebabkan saya memang perlu untuk membuka akaun bank dan untuk urusan-urusan yang lain pada masa akan datang, saya telah pergi ke JPN, Putrajaya untuk mendapatkan surat pengesahan.

Urusan di JPN sangatlah cepat. Saya sampai ke JPN pada jam 12 tengahari dan pada jam 1 petang selesai semua urusan untuk mendapatkan surat pengesahan tersebut dan perlu membayar RM5.00. Surat pengesahan tu boleh dibuat copy sebanyak yang mungkin dan simpan.

Surat pengesahan IC
Surat Pengesahan IC

Selepas selesai mendapatkan surat pengesahan, saya telah ke bank semula untuk membuka akaun simpanan. Saya menyerahkan surat dari JPN tersebut dan terus mendaftar untuk membuka akaun simpanan.
Pada sesiapa yang mempunyai masalah yang sama seperti saya (jari tak boleh detect pada kad pengenalan), cepat2la pergi ke JPN untuk dapatkan surat pengesahan kerana semua urusan rasmi kita menggunakan kad pengenalan. Jangan risau, urusan di JPN memang cepat sebab ada banyak kaunter yang dibuka.


lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :

Comments (10)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Terimah kasih beri info
pd 11/2/2020, saya nak buat acc cimb, tak boleh, ke 2 ibu jari rosak, saya dah ada surat dri jpn thn 2016, tapi bank tak terima, permulaan buka nak kena tamprint..apa perlu saya buat, nak kena lapur balik ke jpn ke..nak kuarkn duit dri bank lain pun tak boleh, w/pun ada surat..
2 replies · active 225 weeks ago
sepatutnya boleh dah buat semua urusan di bank kalau ada surat dari bank
CIMB mmg susah sikit procedurenya walaupun ada surat pengesahan jpn. Anak saya pun ada masalah pada mulanya semasa nak buka acct cimb. Setelah sebulan lebih htr permohonan baru dapat approval dari cimb untuk bukak account. Dengan Maybank senang, terus dapat bukak acct bila ada surat pengesahan jpn.
Interesting
Nice info. Tq.
This was helpful. Thank you.
Sy pun ada masalah yang sama. Sy pernah dapatkan surat dr JPN utk masalah cap jari ni la..sy kne bayar rm50 utk surat pengesahan tu tp bila nak guna utk urusan2 berkaitan dgn IC smua x boleh. Nak buat pertukaran alamat tempat mengundi dan daftar daftar i-akaun xblh pun guna surat dr JPN.. sedangkan hr tu dikatakan semua blh guna surat tu. Perlu tunjukan shj.
Sy kena dapatkan surat maklumat dalam cip baru blh buat urusan2 ni.
Ank sy pn masalah jari x boleh nk scan..nk tnya patut ke saya teruskn buat ic,..ic umur 12 tahun...sy dilema..nk terus ke x....smpai bila nk tunggu jari elok..sbb kulit dia dh mcm tu..
Kalau pergi jpn selain dari jpn putrajaya boleh ke?

Post a new comment

Comments by