Selasa, 3 Oktober 2017

Tips : 5 Waktu Terbaik Untuk Post di Facebook


Facebook adalah satu medium untuk kita mempromosikan perniagaan kita. Kebanyakan daripada kita menggunakan Facebook samaada menggunakan Personal Facebook ataupun Fanpage. Bagi memastikan iklan yang kita post dalam facebook itu berkesan, kita perlu tahu waktu yang terbaik untuk kita post iklan ataupun apa sahaja info di Facebook. Masa yang tidak sesuai post di Facebook akan menyebabkan kerugian.

Berikut adalah 5 waktu terbaik untuk post di Facebook:

7 am-10 am
Post yang panjang dan bermanfaat. Elakkan aura yang negatif pada waktu pagi. Mulakan pagi dengan perkara yang positif sebab hari yang baik bermula dari pagi yang baik. Boleh mulakan dengan post yang berbentuk motivasi dan kata nasihat.

12.30 pm - 2 pm
Audiens nak keluar lunch jadi hanya perlu post yang pendek-pendek sahaja. Audiens tak sempat nak baca post yang panjang pada waktu ini kerana mengejar masa untuk lunch.

5.30 pm - 7 pm
Bagi audiens di bandar, waktu ini adalah waktu paling stress sebab jammed semasa balik dari kerja. Post yang menghiburkan sahaja.


9.30 pm - 12 am
Ini adalah masa yang terbaik untuk anda post berkaitan iklan atau apa-apa sahaja info yang nak disampaikan sebab waktu ini audiens lebih relax di rumah di samping berehat bersama keluarga.

12 am - 7 am
Waktu ini ramai yang dah tidur

Semoga tips yang diberikan ini memberi manfaat dan membantu mempromosikan perniagaan.


lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :