Bila sebut hutang ni semua orang berhutang. Hutang beli rumah, hutang beli kereta, hutang kad kredit dan sebagainya. Tetapi kadang-kadang ada orang yang tahap hutang dia makan diri sendiri. Ada yang tahap berhutang yang boleh buat rasa stress, tension dan sebagainya. Kadang-kadang kita ni lalai dan tak sedar yang kita tak manage betul-betul duit kita. Selain berusaha ke arah untuk menyelesaikan hutang, ada satu doa yang kita boleh amalkan.
Rasulullah ada mengajarkan satu doa yang jika kita membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacita dan melangsaikan hutang.
Baginda bersabda : "Apabila tiba waktu pada pagi dan petang bacalah
Doa ini di baca 3 kali pagi dan 3 kali petang. Jika diamalkan secara istiqamah, insya allah masalah hutang dapat diselesaikan. Bila kita ditimpa musibah dan masalah, mintalah dengan Dia, berdoalah dengan Dia. Insya allah ada jalan keluar pada setiap kesulitan. Doa itu senjata kita umat Islam.
Semoga kita istiqamah amallkan dan lihat hasilnya. Insya allah.