Rabu, 20 September 2017

Takut dialisis? Ubah persepsi sekarang!


Sebelum ini saya ada buat satu post pasal pengalaman semasa mendapat rawatan buah pinggang di PPUM lebih kurang 2 tahun lepas pada tahun 2015. Renal failure atau kidney failure dalam bahasa lazim ni sangat bahaya kalau dibiarkan dan kelewatan dapatkan rawatan dialisis boleh membawa maut.

Sebenarnya orang kita terutamanya kurang sangat kesedaran pasal renal failure dan implikasi kalau dibiarkan. Most of them takut dengar perkataan diasis tu. Ibarat macam hukuman mati kalau kena buat dialisis.

Saya tak nafikan masa mula-mula doktor cakap kena buat dialisis, dalam kepala ni macam-macam fikir. 2-3 hari jugak menangis fikir. Tapi masa dalam pusat dialisis tu, macam-macam nasihat positif dari pesakit kidney lain bagi untuk naikkan semangat. Saya ingat lagi ada seorang pesakit ni bagitau yang dia masih boleh masak 12 jam berdiri di kedai makan selepas buat dialisis. Sebelum saya keluar hospital dia ada bagitau yang dia bakal jalani pemindahan buah pinggang hasil derma dari isterinya. Semoga semakin sihat. Saudara saya pula lepas buat dialisis boleh naik motor pergi pasar dan balik masak untuk family setiap hari. Itu semua mind set kita. Kalau posidit yang kita fikir positif la hasilnya.

Ramai yang lari dari nak buat dialisis. Kenapa? Sebab banyak sangat 'doktor' lain yang bagi nasihat dan sanggup ambil suplemen yang belum tentu lagi boleh sembuhkan penyakit buah pinggang ni. Silap-silap haribulan datang hospital semula tapi keadaan dah teruk. Ramai yang tak diberi kesedaran tentang dialisis, kenapa perlu buat dan kesan kalau abaikan arahan doktor untuk dialisis. Jangan dengar cakap orang tapi ikutlah nasihat doktor.

Jangan buat andaian sendiri. Doktor tak akan cadangkan dialisis kalau tak perlu. Bila doktor cadangkan please ikut arahan doktor. Pengalaman saya sendiri, bila buat dialisis badan saya makin sihat in fact ramai yang beritahu yang saya Nampak lebih sihat. Badan pun rasa lebih ringan. Masa mula-mula doktor diagnos dengan renal failure level kreatanin saya dalam 1000 tetapi disebabkan takut pergi hospital dan takut nak dialisis saya tangguhkan pergi hospital hampir sebulan. Akibat dari itu kreatanin saya naik mendadak ke 2000 dan terus kena dialisis. Masa ni badan memang dah bengkak-bengkak, tak lalu makan dan muntah-muntah. Selepas buat dialisis, kreatanin saya mula menurun dan ada selera makan.

Buah pinggang bertugas menapis darah dan membuang bahan toksik, sisa buangan dan air berlebihan dari badan. Kegagalan buah pinggang melakukan tugas penting ini boleh menyebabkan pesakit menemui maut jika rawatan penggantian buah pinggang tidak dilakukan.

Pesakit akan mengalami tanda-tanda seperti berikut apabila fungsi buah pinggang mereka merosot dengan lebih serius:-

  1. Kurang kencing dari kebiasaan
  2. Mengalami edema atau bengkak pada muka, kaki, abdomen sehingga ke seluruh badan
  3. Berasa sangat letih disertai mengantuk
  4. Berat badan berkurangan tanpa sebab
  5. Loya atau muntah
  6. Lesu atau sakit-sakit badan
  7. Urin berbuih
  8. Urin berdarah
  9. Air berkumpul di dalam paru-paru hingga menyebabkan kesukaran bernafas
Ada tanda-tanda ini semua? Cepat datang berjumpa dengan doktor. Jangan sesekali untuk cuba mana-mana suplemen sebab kita tak tahu sejauh mana suplemen tu berkesan pada tindakbalas badan kita. Kadang-kadang akan lagi memudaratkan. Ikut arahan doktor dan makan ubat ikut aturan. Buang persepsi yang dialisis ni satu mimpi ngeri. Sakit tu pun dah datang so kita fikir ke depan  jangan  toleh belakang. Selalulah berada dalam circle orang-orang yang positif supaya kita tak rasa murung fikir tentang penyakit ni. Dialisis bukan hukuman mati tapi untuk make sure kita terus bertahan dan sihat. Kalau ada rezeki boleh buat transplant dan tak perlu bergantung pada dialisis.

Peranan ahli keluarga penting untuk pastikan pesakit ni tak putus asa. Tak ada siapa yang nak sakit tapi hidup kena diteruskan. Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik.


Mula-mula buat dialisis

Selepas sebulan buat dialisis. Nampak lebih sihat




lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :