Destinasi percutian kali ni kami nak bawak korang semua ke satu tempat yang sememangnya sesuai untuk mereka yang nak berbulan madu. Terletak di Morib, Sepang, Avani Gold Cost ni menjanjikan pemandangan yang cantik dan sesuai kalau korang yang sukakan laut.
First time sampai sini rasa macam terpegun jugaklah sebab sebelum ni cuma dengar cerita dan tengok dalam gambar saja.
Ada banyak aktiviti korang boleh buat di Avani ni. Antaranya ialah berbasikal, Go Cart, Archery, Painball. Di pantai bolehla kalau nak beriadah masa pagi or waktu petang. Basikal ni memang disediakan dan boleh guna bila-bila masa.
Sumber Gambar :Viviangan.com |
Memandangkan ada lokasi bilik yang agak jauh ke dalam, perkhidmatan buggy car disediakan untuk ke bilik. So tak adalah penat nak berjalan kaki untuk ke bilik. Lagi jauh ke dalam bilik ke area dasar laut, lagi mahal rate bilik. Pemandangan pun cantik sangat di tengah-tengah laut. Di luar bilik ada satu area yang membolehkan kita berehat sambil-sambil minum kopi dan menikmati angin laut. Bangun pagi2 waktu Subuh tu memang sejuk sangat bila lepak kat luar bilik.
Saiz bilik memang puas hati sangat dan berbaloi jugaklah dengan harga dia. Ada jugak yang ambil bilik paling besar dan jauh di dasar laut untuk wedding.
Bilik yang selesa dan besar |
Menikmati angin laut |
Masa dinner pula ada disajikan dengan 'live band'. Kalau nak cari tempat makan kawasan berhampiran, ada banyak kedai-kedai seafood di sepanjang Avani ni. Pilih je mana korang suka. Saya suka pergi kedai makan yang dihujung sekali iaitu Restoren Terapung HM Sri Bagan Sdn Bhd, Bagan Lalang.
Untuk yang bawa anak-anak, ada swimming pool disediakan. So kalau masih fikirkan tempat untuk bercuti atau berbulan madu, jom kita ke Avani Gold Cost.:)
Sumber Gambar : Google |