Ahad, 24 September 2017

Apa itu MUET dan Panduan Lulus Cemerlang MUET

Kalendar MUET 2017 - Sumber: Portal MPM

Masih ada yang tidak tahu apa itu MUET? Entri kali ni saya nak kupas serba sedikit berkaitan MUET dan yang berkaitan dengannya. Kita selalu dengar student sebut tentang MUET, tetapi apa sebenarnya MUET ni.

MUET ialah singkatan bagi Malaysian University English Test (MUET) yang mula diperkenalkan pada tahun 1999 dan peperiksaan ini dikendalikan oleh Malaysian Examinations Council atau Majlis Peperiksaan Malaysia. MUET diperkenalkan untuk mengukur tahap penguasaan bahasa Inggeris pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi dan juga untuk mereka yang bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi . Peperiksaan MUET ini wajib diambil oleh mereka yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat ijazah di institut pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan.

Calon yang ingin memohon memasuki institusi pengajian tingggi di Malaysia bagi mengikuti program ijazah pertama (degree) adalah perlu untuk mengambil MUET. Mulai tahun 2012, MUET dijalankan sebanyak tiga kali setahun, iaitu pada bulan Mac, Julai, dan November. Korang boleh semak di laman web jadual peperiksaan MUET. Maknanya untuk tahun 2017 ini, peperiksaan akan bermula pada bulan Oktober 2017 Sesi November bagi Ujian Speaking.

Ada empat kertas dalam MUET, iaitu kertas 1 (Listening) - 45 markah, kertas 2 (Speaking)- 45 markah, kertas 3 (Reading) - 120 markah, dan kertas 4 (Writing) - 90 markah.

Untuk pendaftaran, boleh mendaftar peperiksaan MUET secara atas talian (online). Calon boleh melayari Portal MPM http://www.mpm.edu.my atau http://online.mpm.edu.my/ untuk mengetahui cara membuat pendaftaran.

Selesai bab pendaftaran tetapi bagaimana pula persediaan kita untuk menghadapi MUET? Biasanya kalau perlu ambil exam atau menghadiri mana-mana temuduga, saya akan cuba cari soalan-soalan tahun lepas. Kebiasaannya soalan-soalan tu akan digunakan semula untuk peperiksaan akan datang jadi sangat bagus kalau kita dapat mencari contoh-contoh soalan. Boleh dikatakan hampir 80% soalan tahun sebelumnya akan digunakan semula. Masa zaman saya nak ambil peperiksaan dulu, nak dapat secara online ni susah sikit sebab belum meluas lagi penggunaan online. Sekarang ada banyak kemudahan dan semuanya dihujung jari je kalau nak dapatkan information. Seeloknya dapatkan maklumat yang tepat dan berdasarkan pengalaman orang yang terdahulu.

Panduan MUET: Panduan Lulus Peperiksaan MUET Dengan Cemerlang adalah salah satu panduan yang bagus bagi yang bakal menduduki peperiksaan MUET. Panduan MUET ini ditulis atas kesedaran membantu golongan yang ingin maju ke hadapan untuk bersaing di era globalisasi ini. Ebook ini memberi garis panduan tentang bagaimana peperiksaan MUET dijalankan dan juga teknik-teknik menjawab soalan-soalan komponen Listening, Speaking, Reading dan Writing.

Di dalam ebook ini, ada banyak panduan dan info yang dapat membantu anda. Antaranya:
  • Gambaran bagaimana peperiksaan Speaking dijalankan
  • Kelemahan calon semasa peperiksaan Speaking
  • Contoh soalan-soalan serta teknik dan panduan menjawab komponen Listening, Speaking, Reading dan Writing
  • Panduan mahir dalam kemahiran mendengar
  • Format terkini peperiksaan MUET dan pelbagai lagi info yang anda perlukan berkaitan MUET

Berikut adalah antara isi kandungan Panduan MUET:

Bab 1 : Pengenalan
Bab 2 : Apa itu MUET?
Bab 3 : Speaking Paper (800/2)
  • Perkara Yang Perlu Dilakukan Semasa Speaking Exam
  • Contoh Soalan Peperiksaan Speaking
  • Gambaran Bagaimana Task A Dijalankan
  • Gambaran Bagaimana Task B Dijalankan
  • Kelemahan Calon Semasa Peperiksaan Speaking
Bab 4 : Reading Paper (800/3)
  • Panduan Menjawab Soalan Reading
  • Cara Mencari Makna Perkataan Tanpa Guna Kamus
  • Contoh Soalan Reading
Bab 5 : Writing Paper (800/4)
  • Cara Menjawab Soalan Writing
  • Senarai Perkataan Untuk Membuat Analisa
  • Contoh Soalan & Jawapan Paper Writing
Bab 6 : Listening Paper (800/1)
  • Panduan Menjawab Ujian Listening
  • Tips Memperbaiki Kemahiran Mendengar
  • Tips Menjadi Pendengar Yang Baik
  • Contoh Soalan Listening
Bab 7 : Panduan Menghadapi Peperiksaan
  • Sebelum Peperiksaan
  • Semasa Peperiksaan
  • Selepas Peperiksaan
Bab 8 : Penutup


Testimonial Panduan MUET:

Buku-buku rujukan MUET di pasaran selalunya menyediakan contoh soalan- soalan sahaja. Tetapi Panduan MUET menyediakan sekali teknik-teknik menjawab soalan-soalan komponen Listening, Speaking, Reading dan Writing. Cara penyampaiannya juga mudah dan senang difahami. Panduan MUET juga amat sesuai bagi calon-calon peperiksaan yang tidak berpeluang mengikuti kelas bimbingan MUET secara formal atas sebab masa atau kesibukan bekerja. - Teacher Asmah

Boleh dapatkan Panduan MUET di sini.


lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :