Siapa penggemar nasi arab kat sini? Rasanya ramai antara kita ni suka makan nasi arab. Restoren nasi arab pun tumbuh bak cendawan tumbuh di Malaysia ni. Di Putrajaya Presint 15 Diplomatik, terdapat banyak restoren nasi arab dan antaranya adalah Taiba Restaurant. Taiba Restaurant antara tempat pilihan penduduk Putrajaya untuk menjamu selera.
Kalau korang datang time lunch hour waktu bekerja memang ramai sangat. Rasanya memang sedap lebih-lebih lagi menu di sini memang makanan original dari Arab. Bahagian makan untuk seorang memang banyak sebab ikut gaya hidup orang Arab kan.
Satu perkara yang ketagih kat Taiba Restaurant ni ialah rasa sambal dan garlic sauce. Kalau tak ada dua penambah selera ni memang tak lengkap rasanya makan nasi arab. Hilang rasa asli nasi arab tu. Tak percaya? Cubalah. Dah datang sekali confirm korang rasa nak datang lagi. Betul. Tak tipu. :)
Lagi satu, selain di Putrajaya, ada satu lagi cawangan Taiba Restaurant ni iaitu di Cyberjaya. Di Cyberjaya ni besar sikit dan 2 tingkat. Kalau datang di Cyberjaya ni kebanyakan yang datang adalah student luar yang study kat Cyberjaya. Rasa macam duduk kat Arab sekejap sebab penuh dengan student arab makan kat sini. Design masih kekalkan budaya arab. Memang nampak cantik dan mewah.
Harga macam biasa lah, sesuai dengan saiz dan rasanya yang tak mengecewakan.
Grill Chicken