Rabu, 29 Mac 2017

Bunga Lawang Cafe


Rasanya macam dah lama kami di LEPAK tidak update sebarang news terutama bab jalan-jalan cari makan ni walaupun agak banyak juga tempat yang dah kami pergi. Sempena lagi beberapa bulan nak Ramadhan ni kami akan berusaha untuk update tempat-tempat makan yang menarik untuk korang okay.

Pada sesiapa yang tinggal di Bangi dan berdekatan, dan terasa nak rasa makanan seperti makanan mak dan seperti makan di rumah, Yes..Bunga Lawang Cafe pilihan tepat. Bunga Lawang Cafe ini terletak di Bandar Baru Bangi Seksyen 7. Bersebelahan dengan Salam Noodles Bangi.

Bangi memang syurga makanan. Bunga Lawang Cafe ini antara tempat yang agak baru lagi. Kami pun tahu kewujudan Bunga Lawang Cafe ini melalui iklan di Facebook. Asyik sangat lalu ni wall, teringin juga nak rasa makanan kat sini dan memandangkan ramai juga yang datang melalui gambar di FB.

Masuk je di cafe ni, kami agak kagum sikit dengan rekabentuk tempat ini. Cantik, kemas dan bersih. Boleh pilih duduk di dalam yang ada aircond, atau di luar. 

Antara menu yang menarik di sini adalah Laksa Johor, Asam Pedas, Sambal Sotong, Lempeng Pisang, dan lain-lain. Ada banyak lagi menu tak cuba. :)

Rasa? Memang best. Memang betul rasanya seperti masakan mak di rumah. Tak hairanlah ramai yang datang. Kalau kami masih boleh repeat datang sini, maknanya memang best lah tu. 

Apa kata korang semua cuba makan di sini. Harga pun berpatutan walaupun masa first time datang sini ingatkan mahal sebab tengok ID kedai ni cantik.

Bunga Lawang Cafe

Bunga Lawang Cafe

Bunga Lawang Cafe

Bunga Lawang Cafe

Bunga Lawang Cafe

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :