Selasa, 13 September 2016

[VIDEO] 3 Emas Sukan Paralimpik RIO 2016 (Paralympic Games)

Orang istimewa, bakat luar biasa! Itulah ungkapan yang kita boleh beri pada 3 atlit Paralimpik kita yang telah menyumbang emas kepada Malaysia. 3 kali lagi Negaraku berkumandang di Rio. Bangga sebagai rakyat Malaysia bila atlit kita mengukir kejayaan besar. Serius, orang normal macam kita belum tentu dapat buat macam apa yang 3 atlit ni buat.

Berikut adalah video dan senarai pemenang pingat emas di Sukan Paralimpik Rio 2016 (Paralympic Games).


Mohamad Ridzuan Mohd Puzi

Acara 100m T36 lelaki (celebral palsy) dengan catatan 12.07 saat.



Muhammad Ziyad Zolkefli

Acara F20 (masalah pembelajaran) turut mencipta rekod dunia baharu dengan lontaran sejauh 16.84 meter pada percubaan kelima beliau.



Abdul Latif Romly

Abdul Latif Romly meraih pingat emas ketiga buat negara pada aksi akhir acara lompat jauh T20 (kurang upaya intelektual) lelaki dengan catatan 7.60 meter sekaligus memecah rekod dunia. Atlet kelahiran Perlis berusia 19 tahun itu mencatat 7.47m pada lompatan keduanya yang turut memperbaharui rekod dunia miliknya sendiri (7.35m) yang dilakukan pada Kejohanan Olahraga IPC di Doha tahun lalu, manakala rekod Sukan Paralimpik 7.25m dipegang Jose Antonio Exposito Pineiro dari Sepanyol pada edisi 2012 di London.


Tahniah diucapkan kepada  ketiga2 atlit ini. Terima kasih kerana membuatkan nama Malaysia kembali bersinar di mata dunia. Tiada bezanya kalian semua dengan yang normal malah lebih baik lagi dari kami.




lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :