Ahad, 28 Ogos 2016

Cerita Sejarah Menarik : Pepsi Di Cipta

Ape kabar warga lepak.com.my..??

Hari ni kite nak kongsi cite menarik lagi untuk tarikh 28 Ogos ni..

Pernah tengok logo kat atas ni??yeap..kepada korang yang suke minat air gas mesti kenal jenama pepsi ni..tapi tau ke asal usul pepsi ni??

Ok..let iiolllss cite kat uolllss..


pepsi yang dulu ditulis dengan huruf besar PEPSI ialah minuman ringan carbonated yang di keluarkan dan di buat oleh PepsiCo.

Dicipta pada tahun 1893 oleh seorang Pharmacist bernama Caleb Bradham dan di buat serta dijual di dalam kedai ubatnya di New Bern, North Carolina, United States dan pada ketika itu dikenali sebagai Brad's Drink.

Ditukar namanya ke Pepsi Cola pada 28 Ogos 1898 mengambil nama sempena dua enzim yang digunakan di dalam pembikinan resipi minuman ini iaitu pepsin dan kola. Resipi asal juga mengandungi Gula dan Vanila.

Pada tahun 1903, Bradham memindahkan tempat pembotolan Pepsi-Cola dari Kedai ubatnya ke sebuah gudang yang disewa dan pada tahun itu jugak beliau telah berjaya menjual sebanyak 7,968 gallons air sirap pepsi ciptaanya ini.

Tahun berikutnya, Pepsi dijual dalam botol 6 ounce (oz) dan jualan meningkat ke 19,848 gallons gara-gara sebab orang dah senang nak minum dalam botol kecik.

Pelumba kereta Barney Oldfield merupakan selebriti pertama yang digunakan dalam iklan Pepsi-Cola, kire masa tu dia ni memang hebat la.

Banyak lagi cite lepas tahun ni berlaku seperti pepsi gulung tikar dan beberapa pembelian melibatkan syarikat frito dan lays tapi rasa macam dah terkeluar dari tajuk dah.

Kalau korang nak bace lagi kesudahan ape yang berlaku pada Pepsi bole klik link kat bawah ni.

https://en.wikipedia.org/wiki/Pepsi

Kat sini Pakngah tinggalkan salah satu iklan komersial pepsi yang ada 4 penyanyi hebat seperti Beyonce, Pink, Enrique dan Britney Spears.


Bole hashtag #jomlepak kat facebook untuk carik kami di sana.


lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :