Khamis, 5 Mei 2016

Tips Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

tips lulus kerja kerajaan

Mungkin ada antara kita sedar yang ekonomi agak meleset. Serba serbi mahal. Beli sikit je tapi harga mencecah RM200-RM300. Ramai juga yang dah diberhentikan kerja. Banyak company2 besar memberhentikan kerja sebahagian pekerja mereka secara besar-besaran. Contohnya MAS dan lain-lain.


Bagaimana pula dengan pekerja di jabatan kerajaan? Buat masa sekarang ini kakitangan di jabatan kerajaan agak bernasib baik kerana tidak diberhentikan kerja akibat ekonomi yang meleset ini. Agensi kerajaan masih lagi membuat pengambilan kakitangan walaupun tidaklah sebanyak dan sekerap dulu lagi.

Kenapa kerja kerajaan selalu menjadi pilihan?
  1. Tawaran gaji permulaan yang lumayan serta kenaikan gaji tahunan berdasarkan prestasi
  2. Kemudahan perubatan sehingga selepas umur persaraan termasuk ibu bapa sendiri pasangan dan anak-anak
  3. Pemberian imbuhan-imbuhan tetap seperti perumahan dan perkhidmatan awam pada setiap bulan
  4. Kemudahan pinjaman rumah, kenderaan dan komputer dengan kos pengurusan yang rendah 
  5. Kemudaha n cuti bersalin sehingga 90 hari untuk wanita
  6. Peluang kenaikan pangkat dan laluan kerjaya yang menarik
  7. Peluang melanjutkan pelajaran sehingga Doktor Falsafah (PhD)
  8. Pemberian Cost of Living Alliwance (COLA)
  9. Mendapat taraf perjawatan tetap selepas tamat tempoh percubaan
  10. Kemudahan pencen untuk menampung kos kehidupan selepas bersara
  11. Ganjaran-ganjaran atas kesetiaan perkhidmatan
  12. Kemudahan untuk membuat pinjaman di bank
Susah ke kalau nak dapat kerja kerajaan ni? Kalau dipanggil untuk temuduga kerja kerajaan ni susah ke nak dapat? Soalan macammana pula? Apa soalan yang biasa di tanya?

Di sini ada beberapa tips untuk mudah lulus temuduga kerja kerajaan. Berikut adalah antara soalan2 yang biasa di tanya oleh panel temuduga:
  1. Terangkan tentang diri anda
  2. Apakah kelemahan terbesar anda?
  3. Anda sudah bekerja! Mengapa anda memohon jawatan ini?
  4. Apakah sikap positif dan negatif diri anda?
  5. Apakah kelebihan anda berbanding calon lain?
  6. Kenapa anda mahu kerja dengan kerajaan?
  7. Apa pendapat rakan sekerja anda tentang diri anda?
  8. Apakah pencapaian terbesar anda?
  9. Apa alasan anda untuk berhenti ditempat kerja lama?
  10. Apa anda nak buat kalau pekerja bawahan anda malas?

Apakah kesilapan yang biasa dilakukan oleh calon temuduga?
Berdasarkan pengalaman saya menjadi panel temuduga, 
  1. Calon tidak bersedia untuk ditemuduga
  2. Calon tidak yakin bila bercakap dan menjawab soalan
  3. Calon tidak mengkaji tentang organisasi 
  4. Calon tidak mempunyai pengalaman dan tidak berusaha untuk membaca sesuatu berkaitan dengan bidang tugas menyebabkan panel temuduga tidak berminat untuk bertanyakan soalan yang seterusnya
  5. Calon tidak berusaha untuk meyakinkan panel temuduga dengan kebolehan dan kemahiran yang mereka miliki
Sudah bersedia untuk menghadapi temuduga kerja kerajaan? Jom dapatkan tips untuk mudah lulus temuduga kerja kerajaan untuk panduan. Semoga panduan ini memberi manfaat. Good Luck!!

tips lulus kerja kerajaan


lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :