Bulan ramadhan tak sampai lagi sebulan untuk kita sambut. So rasanya masing-masing dah berkira-kira nak berbuka kat mana kan? Apa dalam fikiran korang sekarang? Nak berbuka di mana? Rumah atau di luar?
Bila bercakap tentang berbuka puasa ni, rasanya lagi banyak pembaziran makanan daripada bukan bulan puasa. Setuju tak? Sepatutnya bulan puasa ni kita boleh jimat sebab tak perlu nak breakfast dan lunch. Tapi terbalik pulak. Sebabnya? Kita terlalu ikutkan nafsu lapar masa bulan puasa. Belum lagi masa kita pergi pasar ramadhan. Macam-macam makanan ada, macam-macam bau ada. Memang tergugat iman.
Kat sini pakngah nak share sikit tips untuk korang elakkan membazir di bulan ramadhan. Antara tipsnya ialah:
- Jangan pergi pasar ramadhan. Hahahahha..Rasa macam zalim pulak kan. Okaylah, janganlah pergi hari2. Dalam seminggu sekali tu okaylah kan. Sehari biasanya mesti lebih dari RM20 kita belanjakan. Itu sehari. Kalau hari2 korang pergi dah berapa kan. Belum kira makanan yang dibeli tu tak dimakan sebab dah kenyang.
- Target nak beli apa kalau pergi pasar ramadhan. Contohnya, nak beli ayam percik jer. Lain-lain jangan tengok. Nak lagi best korang bawak duit cukup2 jer.
- Masak sendiri kat rumah. Biasanya kalau keluarga kita ni besar eloklah masak je kat rumah. Jimat dan dijamin sedap. Nak berbuka di luar tak salah. Sekali sekala tu oklah kalau nak tukar selera. Maklumlah, bulan puasa ni selera lain macam sikit. Semua nak makan. Hehhehehe...
- Tahan nafsu makan. Masa kita puasa ni lah macam-macam benda kita nak makan. Ada je makanan yang kita terbayang. Tapi percayalah, masa korang berbuka puasa tu, dengan air segelas (kadang-kadang bergelas sebab dahaga sangat2) dan makan sepinggan nasi dah buat korang kenyang sebenarnya. So makanan yang kita beli banyak-banyak tu confirm membazir macam tu je bila tak di makan.
- Pilih tempat makan yang sesuai. Masa bulan puasa ni semua restoren, kedai makan dan hotel berlumba-lumba offer pakej berbuka puasa. Pilihlah yang sesuai dengan selera kita. Janganlah bayar mahal2 tapi jumlah yang kita makan tu tak berbaloi.
Ada lagi yang korang rasa sesuai. Kalau ada cuba komen kat ruangan komen tu. Ada HADIAH menanti korang. Jangan lupa letak email untuk kami hubungi nanti yer. Tapi rahsia apa hadiah tu. Heheheheh.....