Khamis, 5 Mei 2016

Terkini: Helikopter hilang dari radar di Sarawak

Terkini (6 Mei 2016)

Serpihan helikopter telah pun ditemui manakala satu mayat wankta telah dijumpai. Pasukan bomba telah menjumpai mayat wanita tersebut pada pukul 12 tgh tadi tidak jauh dari serpihan dijumpai. Mayat tersebut diserahkan kepada pihak polis untuk mengesah identiti.





Sebuah helikopter dipercayai hilang dari radar di Sarawak dan dikatakan membawa orang kenamaan. Helikopter berkenaan bertolak dari Bentong ke Kuching pada 4.15 petang Khamis 5 Mei 2016. Sepatutnya helikopter berkenaan perlu menghubungi DCA sekitar jam 5 petang apabila melalui lokasi tertentu bagi melapaorkan kedudukan.


Walaubagaimanapun, DCA tidak menerima apa-apa panggilan dan cubaan menghubungi mereka juga gagal. Helikopter berkenaan dikatakan hilang dari radar kira-kira jam 5 petang berhampiran kawasan Sebuyau.

Enam individu dikatakan berada dalam helikopter berkenaan iaitu:
  1. Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon
  2. Suami Datuk Noriah, Asmuni Abdullah
  3. Ahli Parlimen Kuala Kangsar yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad
  4. Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Dr Sundaran Annamalai
  5. Pengawal peribadi Datuk Noriah, Ahmad Sobri Harun
  6. Juruterbang RP-C6828 Kapten Rudolf Rex Ragas


Berita terkini akan dilaporkan dari masa ke semasa. Sentiasa bersama kami untuk berita terkini.

Sumber : mstar online


lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :