Rabu, 4 Mei 2016

Restoran Nasi Arab : Arabian House Bangi




Mai rapat rapat sikit ni nak cite memandangkan bulan Puasa dah nak dekat dah tinggal lagi lebih kurang sebulan je lagi so mesti ramai yang dah mencarik carik tempat nak berbuka puasa beramai ramai.

Beberapa hari lepas crew lepak ada la bawak family gi makan makan beramai ramai kat Restoran Nasi Arab : Arabian House Bangi ni dan untuk segmen #jomlepak makan Pakngah nak review restoran ni.



Kepada peminat peminat nasik arab atau pun yang teringin nak rasa nasik arab yang berdekatan dengan kawasan Bangi, Cheras dan Kajang serta kawasan selatan..Pakngah bole rekemen tempat ni.

Dari tukang masak sampai ke cashier dan waiter dia semuanya orang arab dan makanan dia adalah style masakan arab original.

barbeque chicken


Kebab dan Shisouka serta roti arab tempat ni memang torbaikk...!!

Harganya so and so la..takdela mahal sangat dan tak pulak murah sangat dan dengan portion dia yang memang la besar sebab orang arab memang besar besar so puas hati la dengan portion dia.

Mandy dan jugak kabsah dia menggunakan basmati atau long grain punye beras so memang kenyang la makan.

nasi arab


Restoran ni terletak di sebelah highway besar dan bersebelahan restoran jawa Cibiuk serta berdekatan dengan Restoran Chef Zubir Masters Chef so kawasan tu memang tumpuan dan parking pun banyak space.

Dari segi saiz Restoran jangan risau sebab restoran ni dua tingkat dan bole menampung pelanggan yang ramai dalam satu masa serta mempunyai surau untuk tempat bersolat.

nasi arab


Kebersihan tempat ni memang terjaga dengan kawasan tandas yang sentiasa dibersihkan so puas hati la kalau pegi makan sini.

Kat bawah ni ada video official restoran ni untuk tatapan kalian semua.

Selamat menjamu selera.

Nantikan review kami di restoran lain pulak lepas ni dalam #jomlepak




lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :