Ape kabar semua..??Nama saya Zam atau nak panggil PakNgah pun bole...hari ni saya nak cerita pengalaman saya sebagai pesakit yang di diagnoskan mengidap masalah buah pinggang atau renal failure. Renal ni maksud dia ginjal dan ada yang panggil nama kebiasaannya kidney...tapi kalau masuk hospital dorang panggil nama glamour sakit ni Renal je.
Ini adalah cerita sebenar kerana saya yang mengalaminya dan dikelilingi oleh keluarga dan kawan-kawan yang memberikan suntikan semangat untuk menjadi sihat.
Di Malaysia ni kalau semua sedar banyak kempen tentang penyakit yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan dan Hospital serta badan-badan bukan kerajaan..tapi penyakit yang mana??? Selalunya penyakit yang famous membunuh la contoh jantung, stroke, kencing manis, kanser dan penyakit yang bermusim contohnya kalau denggi asik keluar iklan denggi je..kalau taun asik keluar suruh minum air bersih seperti yang selalu keluar bila musim tengkujuh.
Dan yang paling kerap dibuat ialah kempen makan makanan sihat..contoh gambar makanan dalam piramid makanan tu la..tapi nak tanya la..tau ke ape semua zat dalam tu??ape kesannya kalau kita terlampau banyak sangat makan makanan berzat ni??
Kat sini saya nak cite sikit pengalaman saya yang minum minuman kurang manis dan makan makanan berzat dan beras Taj Mahal tanpa kanji dan end up didiagnoskan mempunyai masalah ginjal atau buah pinggang.
Sebelum saya cerita pasal sakit buah pinggang ni saya nak terangkan ape itu buah pinggang atau ginjal dan ape fungsi dia.
Buah pinggang ni adalah organ berbentuk seperti kekacang dan terletak dalam badan kita yang berfungsi sebagai sistem perkumuhan dan membuang bahan-bahan yang tidak diperlukan oleh badan atau merbahaya melalui kencing..so dalam bentuk cecair atau liquid.
Ia jugak tempat badan kita buat sel darah merah baru dan sebab tu la kalau korang perasan pesakit buah pinggang ni akan ambik suntikan bernama Recormon untuk menambah zat besi bagi memangkin pengeluaran darah merah.
Selalunya orang yang mengidap sakit buah pinggang ni tak perasan yang dia mengidap penyakit ni sampai la last minute bila semua dah terlambat macam saya ni baru la tau. Selalunya simptom simptom awal seseorang tu ada masalah buah pinggang bila kencing seseorang tu berbuih yang banyak macam buih teh tarik..itu menandakan masalah protein dah banyak keluar melalui kencing dan bole di simplify kan sebagai buah pinggang dah bocor. Tanda lain seperti kaki bengkak atau Pitting Edema dimana kaki sesorang tu macam lembik bila kita tekan di bahagian bengkak tu dan isi dia tak naik balik (boleh cuba sendiri kat kaki korang semua).
Tapi kita di Malaysia ni tak banyak pendedahan tentang sakit buah pinggang macam penyakit ni tak penting sedangkan kalau ikut kajian Second National Health and Morbidity Survey pada tahun 2010 sahaja lebih kurang 14.9% rakyat malaysia adalah pengidap kencing manis yang jugak masalah buah pinggang.
Saya kena mula-mula bulan puasa tahun ni (Jun tahun 2015) tapi tak perasan lagi sampai la raya tahun ni bila makan durian macam tak pernah nampak durian sebab tahun ni durian banyak keluar masa bulan puasa. So bila dah makan macam jin result dia pun memang jin betul..jantung dah start laju waktu tido pukul 3 pagi dan kaki start bengkak. Sampai bole dengar heartbeat jantung tu bila baring.
Jumpa doktor bagi pil penenang. Tak nak mengaku lagi ni sebenarnya dah memang sakit sebab....satu sebab je..sebab tak nak masuk hospital. Pegi Pathlab buat medical check up dan result dia memang dah agak dah...jeng jeng jeng...buah pinggang ada masalah dan pegawai dalam pathlab nasihatkan pegi hospital sebab indication dia dalam list tu menunjukkan Creatinine atau dalam bahasa mudah dia toxic buangan atau racun dah tinggi..lebih kurang 1000 dan merbahaya.
But still degil jugak tak nak jugak pegi hospital sebab takut yang teramat sangat so cube tahankan diri dengan makan makanan diet kurang protein dan makan buah strawberi sehingga la sebulan menahan dan tak larat lagi dah sebab dah cepat penat dan takde tenaga. So mengalah mintak Bonda call ambulans dan hantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 28 Ogos 2015 lepas dalam keadaan tiada tenaga dan rupa tak serupa orang. Semua gambar di bawah adalah gambar sebenar masa dalam ambulans dan dalam hospital.
Lepas tu terdengar la kat meja doktor tu nama saya disebut sebut dalam panggilan telefon serta perbualan antara Doktor bertugas malam tu dengan beberapa Doktor pakar yang bertugas di wad. Lepas 2 jam seorang Doktor berbangsa Cina tak salah saya nama dia Doktor Kong datang kat saya dan dia beri penerangan tentang masalah yang saya hadapi dan mintak persetujuan saya untuk buat minor surgery atau pembedahan kecik je nak masuk tube ke dalam kelangkang saya bagi membolehkan saya melakukan Dialysis membuang toxic dalam badan sebab kes saya ni urgent dan perlukan tindakan segera.
Femoral Catheter di kelangkang kaki(Gambar hiasan) |
Saya pun tak tanya banyak terus setuju dan seorang attendant tolak katil saya pegi ke Menara Timur tingkat 8 terus masuk ke area Pusat Dialysis Harian. Di sana Doktor yang sedang menanti saya Doktor Ikram pakar bahagian dalam sedang menanti saya untuk melakukan surgery bernama Femoral Catheter dengan memasukkan tube dialysis di bahagian kelangkang saya.
Contoh tube yang dimasukkan ke dalam kelangkang kaki untuk proses dialysis |
Surgery dia memang tak lama..dalam 20 minit tops. Dan lepas tu terasa macam ada kayu stuck kat tengah-tengah kaki dan tak bole nak gerak. Memang masa ni terasa la betapa tingginya langit tu dan betapa kurang jantannya kita..hahaha..
Proses dialysis pertama seumur hidup. Kat sebelah tu mesin dialysis. |
Untuk pengetahuan korang semua setiap proses dialysis mengambil masa sekurang-kurangnya 4 jam untuk selesai so memang lama jugak la baring tak buat ape ape sangat sebab tak bole nak gerak sangat. Banyak beno tube yang ada kat badan masa ni...dan banyak perkara bole berlaku semasa dialysis contohnya hypo bile tekanan darah rendah sangat, hyper bile tekanan darah tinggi sangat.
Sebab tu semua pesakit yang buat dialisis ni akan makan makanan bertenaga semasa melakukan proses ni supaya stabil kerana darah baru yang masuk adalah seperti darah yang dicuci bersih tanpa ape ape zat.
Lebih kurang dalam pukul 10 pagi selesai je dialysis katil saya ditolak ke dalam wad Nefrologi. Masa memula dengar benda tu rasa macam susah je nak sebut sebab yang kite selalu dengar ialah ICU atau CCU. CCU bahagian jantung atau Cardiac tapi tak pernah dengar Nefrology. Ape Neforlogy ni?? penerangan simple dia untuk kite yang bukan doktor nak paham ialah semua yang kat bahagian pinggang belah depan kite panggil pakar tu Eurologist contohnya pesakit yang ada batu karang dalam pundi atau pun sakit nak kencing atau pun sakit Tuan. Untuk Nefrologist ialah bahagian pinggang di bahagian belakang dimana letaknya buah pinggang. Selalunya pakar dalam bidang ni akan terlibat jike pesakit mengalami kencing manis, renal failure, buah pinggang bocor dan sakit yang berkaitannya.
Memang kite memerlukan lebih ramai pakar nefro sebab sakit buah pinggang ni makin menjadi jadi sekarang ni kat Malaysia. Purata lebih kurang 2 pesakit baru akan admit kat hospital setiap hari sekarang ni. Semasa dalam wad saya berkongsi pengalaman dengan pesakit buah pinggang yang lain dan ape yang bole saya ceritakan ialah kami semua lebih kurang sama sahaja cume berbeza nama sahaja. Samada kami kuat minum manis atau berkarbonat seperti air gas, atau kami kuat makan pengawet seperti fast food atau pekasam ataupun kami kuat makan pil tahan sakit seperti ponstan atau acoccia. Jalan cerita yang lebih kurang sama. Nasihat saya sebagai pesakit renal..sayang la buah pinggang korang. Kurangkan makan benda benda tu.
Selepas 2 minggu dalam Pusat Perubatan Universiti Malaya ulang alik buat dialysis dari Wad Multi Displin tingkat 5 Menara Pediatric, saya dibenarkan keluar oleh doktor bahagian Nefrologi yang memantau saya seperti Doktor Wan, Doktor Sumati, Doktor Hannah dan ramai lagi. Walaupun saya sepatutnya happy sebab dapat keluar tapi actually sebaliknya saya rasa sebab bagi saya PPUM memang terbaik. Walaupun saya layak untuk dimasukkan ke Hospital Mewah dengan servis yang dikategorikan sebagai kelas A tapi bagi saya PPUM dan jugak hospital kerajaan lain masih lagi terbaik sebab mereka sanggup ambik ape sahaja kes baik yang fatal atau pun yang tidak.
Masa nak keluar saya ada lagi satu benda nak kena buat sebelum melangkah keluar dari hospital. Cabut tube Femoral Catheter kat kelangkang ni sebab ikut undang-undang hospital bila seseorang pesakit dialisis yang melangkah keluar dari hospital tak bole ada tube kat bahagian kelangkang atas sebab-sebab kebersihan dan perlu diganti dengan tube kat bahagian leher atau nama dia IJC (Internal Jugular Catheter). Dan untuk pengetahuan kalian tak pakai bius ye masa cabut tube kat kelangkang tu...hehehe..
Surgery untuk insert memasukkan IJC ni Doktor Siti kat bahagian Nefro yang buat. Dan dia la bagi saya doktor yang banyak berterus terang dan tak sorokkan ape ape. Memang dia cakap surgery untuk insert IJC ni sakit sikit masa nak masukkan tube kat dalam line Artery kita. Sekurang kurangnya saya dah ready bila dia cakap tahan nafas sebab semuanya dibuat dalam keadaan sedar dan bius dia LA sahaja atau local anesthetic yang bermaksud kat bahagian tu sahaja.
Internal Jugular Catheter (IJC) di bahagian leher untuk proses dialysis. |
Saya semasa dialysis menggunakan IJC di bahagian leher. |
Sampai Sini je saya kongsikan pengalaman saya sakit..harap korang semua tak marah ye. Ada ape ape yang ingin dikongsikan bersama kami kat lepak bole hugungi kami melalui detail kat bawah ni..terima kasih.