Khamis, 18 Julai 2013

Ashraf Muslim sah telah bernikah kali ke-2


Lama dah tak update cerita hiburan dalam blog ni. Rasa macam bersawang sangat dah. Jom kita baca cerita paling hot minggu ni.

Akhirnya desas desus mengatakan Ashraf Muslim akan berpoligami ternyata benar apabila telah mengaku sah bernikah dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi di Thailand, 7 Julai lalu. Perkara ini diketahui apabila Ashraf hari ini hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

Wan Sakinah


 Menurut sumber Kosmo:

Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini membenarkan pelakon Mohd. Ashraf Muslim untuk menarik balik permohonan kebenaran poligami kerana dia telah bernikah kali kedua dengan bekas kru produksi televisyen, Wan Sakinah Ahmad Saburi di Thailand, 7 Julai lalu. 

Sehubungan itu Hakim Syarie Muhamad Abdul Karim Wahab mengarahkan Mohd. Ashraf untuk membayar kos mahkamah RM8,000 kepada isteri pertama, Noor Dayana Lokman


lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :