Jumaat, 7 Jun 2013

Terkini : Tragedi jambatan kedua Pulau Pinang runtuh







Terkini: Sehingga kini 4 maut dan 3 cedara dalam tragedi jambatan runtuh selepas rangka susur masuk Jambatan Kedua Pulau Pinang runtuh semalam

Polis mengesahkan empat mangsa yang menaiki kereta jenis Perodua Kelisa maut dihempap runtuhan sebahagian rangka susur masuk Jambatan Kedua Pulau Pinang di sini, semalam. Runtuhan terbabit dianggarkan seberat 200 tan dan panjang 50 meter.

Penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan runtuh pada kira-kira 7.15 Khamis malam. Runtuhan berlaku di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu berhampiran Batu Maung.

Lebih 100 anggota tnasuk pegawai polis; 11 anggota Persatuan Bulan Sabit Merah dan 50 anggota bomba dari lima balai sedang bertungkus lumus melakukan operasi mencari dan menyelamat.

Sumber: Berita Harian dan mstar


lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :