Rasanya berita hangat hari ni tak lain tak bukan adalah tentang pembubaran parlimen yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri pagi tadi. Berita ni memang amat dinantikan dan menandakan bermulalah perang kempen, perang poster dan sebagainya. Pembubaran parlimen bermakna tak lama lagi akan berlangsungnya Pilihanraya ke 13 (PRU 13) yang masih belum lagi dapat dipastikan lagi bilakah tarikhnya walaupun dah ada desas desus tentang tarikh PRU-13 ini.
Sebagai rakyat Malaysia, inilah masanya untuk kita menentukan masa depan kita dengan memilih kerajaan yang betul2 boleh membela nasib kita dan anak2 kita kelak. Tunaikanlah tanggungjawab semua dengan keluar mengundi dan kalau boleh janganlah sabotaj undi masing2. Satu undi itu bakal menentukan kemenangan atau kekalahan kerajaan yang dipilih.
Jom kita tengok video pengumuman pembubaran parlimen pagi tadi.
p/s : Selamat mengundi :)