Isnin, 1 Oktober 2012

Menguasai Bahasa Inggeris: Kebaikan Bahasa Inggeris



Umum dah tahu bahawa Bahasa Inggeris adalah bahasa kedua negara kita dan bagi sesiapa yang dapat menguasainya dengan baik akan mendapat lebih kebaikan dari segi kerjaya.

Bagi pelajar, penguasaan Bahasa Inggeris yang baik dapat membantu mereka di dalam menjawab soalan dan mengembangkan penguasaan itu hingga ke menara gading. Semasa di Universiti, kebanyakan buku rujukan adalah di dalam Bahasa Inggeris dan kemahiran yang tinggi di dalam penguasaan Bahasa Inggeris  di kalangan pelajar dapat membantu. Kadangkala, sesi pembentangan juga dilakukan di dalam Bahasa Inggeris. Sekiranya tahap penguasaan kita adalah lemah, pasti amat menyukarkan. Dan untuk pengetahuan, bahasa utama sekiranya melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana dan PHd adalah di dalam Bahasa Inggeris!

Dalam soal kerjaya pula, boleh dikatakan kebanyakan syarat untuk menghadiri interview adalah perlu fasih di dalam Bahasa Inggeris danm biasanya akan diberikan keutamaan. Sebagai contoh, ketika saya menghadiri beberapa interview satu ketika dahulu, kebanyakan interview saya itu adalah di dalam Bahasa Inggeris iaitu kira2 90% daripada jumlah interview yang saya hadiri. Kebanyakannya adalah di sektor swasta. Alangkah beruntungnya kalau kita fasih di dalam Bahasa Inggeris kerana peluang untuk mendapat pekerjaan adalah sangat cerah.

Dari segi komunikasi juga penting bukan hanya di dalam persekitaran kerjaya tetapi juga persekitaran yang lebih luas .Kadang2 sebagai lepasan universiti, ramai graduan yang gagal di dalam penguasaan Bahasa Inggeris dan menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan walaupun mempunyai CGPA yang tinggi. Penguasaan komunikasi juga diambil kira dan boleh dikatakan sebagai bonus.


Ada banyak cara sebenarnya untuk menguasai Bahasa Inggeris ni. Antaranya ialah dengan banyakkan membaca buku-buku, majalah dan surat khabar berbahasa inggeris bagi penguasaan dari segi grammar dan sebagainya. Jadikan kamus adalah teman setia. Sekarang pun dah ada kamus elektronik dan semakin mudah rasanya.Selain daripada itu selalulah berkomunikasi di dalam bahasa inggeris dengan orang sekeliling. Bagi persekitaran yang memang memerlukan kita untuk bercakap di dalam bahasa inggeris secara automatik skill kita di dalam penguasaan akan bertambah. Tetapi bila kita tidak mengamalkannya, skill kita sedikit demi sedikit akan berkurang. Sebagai contoh semasa saya melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana, skill  bahasa inggeris saya adalah baik kerana hampir setiap hari memerlukan saya untuk mencari jurnal dan bahan di dalam bahasa inggeris dan komunikasi di dalam kelas adalah di dalam bahasa inggeris.

Persekitaran kita juga memainkan peranan penting dan terpulang kepada kita untuk menggunakannya sebaik mungkin.

Itu adalah serba sedikit kebaikan sekiranya kita menguasai di dalam bahasa inggeris. Bagi yang masih memerlukan teknik dan cara yang efektif untuk menguasai bahasa inggeris boleh cuba untuk belajar melalui e-book Kuasa Bahasa Inggeris ini. Terdapat banyak tips mudah, teknik penguasaan, teknik keyakinan diri, persiapan yang perlu dilakukan dan pemilihan kamus yang sesuai bagi mempelajari bahasa inggeris.

Dapatkan segera e-book ini yang akan membongkar strategi rahsia kuasa Bahasa Inggeris. Jangan lepaskan peluang.Tak rugi pun menambah ilmu pengetahuan bagi demi kerjaya dan komunikasi yang lebih cemerlang.

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :