Khamis, 25 Oktober 2012

Khairul Fahmi (Apek) dan Leuniey bakal nikah Disember ini


Nama Apek memang terus meniti di bibir peminat. Bukan sahaja ketangkasan sebagai penjaga gol tetapi juga kisah2 cintanya yang terus menjadi perhatian. Sebelum ini Apek putus tunang dan dikatakan bercinta dengan beberapa wanita termasuklah Leuniey. Baru2 ini Apek telah mengesahkan telah bercinta dengan Leuniey dan dikatakan rapat selepas sama2 terlibat dalam iklan.

Hmetro hari ini pula melaporkan yang kedua pasangan ini mengesahkan akan bernikah pada Disember ini.

Menurut bapa Apek:

Berita gembira itu disahkan oleh bapa Apek, Che Mat Hussain ketika dihubungi di sini semalam.
Che Mat berkata, pihaknya kini sibuk membuat persiapan perkahwinan tersebut dengan tarikh yang masih dalam perkiraan adalah antara 28 Disember hingga awal Januari tahun depan.

“Tarikh sebenar akan diputuskan oleh anak saya selepas beliau pulang daripada latihan dengan skuad kebangsaan.
“Harapan kami perkahwinan ini akan menutup semua kontroversi yang melibatkan anak saya,” jelasnya.
Menurut Che Mat, majlis pertunangan dan akad nikah akan dilakukan secara ringkas pada hari yang sama.


lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :