Pejam celik pejam celik dah dekat nak Raya Aidiladha. Terasa cepatnya masa berlalu kan dan alhamdulillah diberi peluang olehNya untuk merasai kemeriahan Aidiladha ni....Selalunya kita lebih merasai kemeriahan Aidilfitri sampai sebulan pun tak habis2 merayakan lagi kan..dengan open house sana sini....
Sebenarnya Hari Raya Aidiladha ni tak kurang fadilatnya......kalau kita fahami dengan lebih mendalam adalah lebih bagus...Biasanya menjelang Hari Raya Aidiladha ni kita akan berpeluang untuk menjalani ibadah korban....
Korban membawa maksud HAMPIR dan dari segi istilah bermaksud menyembelih binatang tertentu pada Hari Raya Aidiladha dan hari Tasyrik iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah dengan tujuan beribadat.
Aqiqah pula dari segi bahasa pula membawa maksud MEMUTUSKAN. Dari segi syarak bermaksud menyembelih kambing atau ternakan lain seperti unta, biri-biri, lembu buat anak yang baru lahir terutamanya pada hari ketujuh atau selewat-lewatnya sebelum baligh.
Dari segi hukum ibadah korban ialah SUNAT MUAKKAD iaitu SUNAT yang sangat dituntut ke atas umat Islam yang berkemampuan manakala hukumnya jatuh WAJIB apabila seseorang itu bernazar.
Hikmah Ibadah Korban ialah:
1. Menghidupkan erti pengorbanan besar yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s
2. Sebagai tanda pengabdian diri dan tunduk patuh kepada Allah SWT.
3. Menambah perasaan kasih sayang dan ikatan persudaraan sesama umat Islam apabila menyedekahkan daging korban keada insan yang memerlukan.
Ibadah Ibadah Aqiqah ialah:
1. Melahirkan rasa gembira atas kelahiran satu muslim baru yang sujud kepaada Allah SWT.
2. Mendekatkan diri anak tersebut kepada Allah atas akikah yang dilakukan
Kredit
Kepada muslimin dan muslimat sekalian, janganlah lepaskan peluang untuk melaksanakan ibadah korban ni sebab ada banyak pahala yang kita dapat selain membantu orang yang memerlukan. Bagi korang yang berhajat nak buat ibadat korban ni di Kemboja, boleh dapatkan khidmat korban dan aqiqah di equrban.
Berikut adalah harga bagi beberapa bahagian atau ekor yang ingin di qurban dan aqiqah:
1 ekor lembu - RM1600
1 ekor kambing - RM550
1 bahagian lembu - RM230
Untuk maklumat lanjut boleh ke equrban. Tempahan boleh dilakukan dengan menggunakan perkhidmatan online dan tarikh akhir untuk tempahan ialah pada 12 OKTOBER 2012.