Selasa, 9 Oktober 2012

Gambar Nabila Huda Seksi di Anugerah Blockbuster




Nampaknya isu pakaian seksi yang dipakai oleh anak Amy Search, Nabila Huda ni menjadi bualan ramai. Tak kurang juga yang mengatakan baju yang dipakai itu tidak sesuai dengan majlis Anugerah Blockbuster 2012 yang diadakan pada minggu lepas...Memang pun baju tu agak seksi....hinggakan bapanya sendiri mengeluarkan kenyataan kecewa dengan penampilan Nabila pada majlis tersebut.

“Memang saya tidak bersetuju dengan penampilannya pada malam itu. Bagi saya designer perlu tahu jenis pakaian yang direkanya serta dia sendiri perlu tahu apa yang dipakainya”

“Seharusnya dia menjaga penampilan & imej, jangan sampai memberi peluang dan ruang untuk orang mengata, menghentam atau menjatuhkan dia,” kata Amy Search.


Apa2 pun di dalam HMetro, Nabila telah memohon maaf sekiranya ada yang tersinggung.

“Saya dipilih sebagai seorang penyampai trofi pada acara berkenaan dan untuk itu saya mendapatkan tajaan pakaian di saat akhir daripada Alia Bastaman. Tema malam itu adalah ‘letusan warna blok’, tetapi saya akhirnya memilih memakai gaun itu kerana ada beberapa koleksi pakaian Alia yang saya tidak sesuai dari segi saiz.

“Saya sedar ia sedikit terbuka pada bahagian bahu, perut dan terbelah di kaki namun, kerana saya menghormati penonton ketika ditugaskan menjadi penyampai saya menutup bahagian perut dengan ‘tube’ hitam.


“Terus-terang saya tidak menyangka hal ini menjadi isu kerana saya fikir ramai sedia maklum saya memang berani mencuba fesyen. Apapun saya sekali lagi memohon maaf dan berharap dapat memperbaiki penampilan saya pada masa akan datang.

Harap2 lepas ni Nabila akan berhati2 bila mengenakan pakain di majlis-majlis tertentu dan bersesuaian supaya tidak menjadi isu.







Sumber gambar :Rotikaya


lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :