Selasa, 4 September 2012
Tahniah! Farid Kamil dan Diana Danielle telah selamat bertunang
Tahniah diucapkan kepada pasangan Farid Kamil dan Diana Danielle yang telah selamat bertunang Ahad lalu. Pada majlis tersebut, Diana yang anggun mengenakan baju kurung corak songket pancawarna dengan tatarias jurusolek Chot menerima tiga dulang hantaran daripada pihak lelaki berbalas lima dulang.
Antara hantaran yang diberi termasuklah senaskhah Al-Quran, pakaian dan kasut. Sementara itu, Norsiah memberitahu, tarikh perkahwinan Diana dan Farid masih lagi belum ditetapkan, tetapi pertunangan mereka akan diikat selama setahun sahaja.
Semoga ke jinjang pelamin. :)
About lepak.com.my
lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua
Tahniah! Farid Kamil dan Diana Danielle telah selamat bertunang
2012-09-04T13:07:00+08:00
lepak.com.my
Dunia Hiburan|