Khamis, 20 September 2012

Siapa Nakoula Basseley di sebalik Innocence Of Muslims


Salam 1 Malaysia warga Lepak.

Baru-baru ini masyarakat Muslim di dunia di gemparkan dengan trailer Anti-Islam yang bertajuk Innocence of Muslim yang mengisahkan perjalanan hidup Nabi Muhammad S.A.W yang bagi Jay takde langsung kena mengena dengan jalan cite hidup Baginda.

Trailer ni dah keluar kat laman youtube pada July 2012 lagi tapi mendapat perhatian dunia islam apabila ianya di "dub" dalam bahasa Arab dan di "release" kan dalam laman youtube dan laman sosial lain pada 8 September 2012.

Tapi Jay tak nak cite pasal Trailer ni sebab buat habeh boreh..cume nak kongsi sape dia Malaun Bacile ni.

"Malaun" (Sorry Jay guna bahasa kasar sikit) yang menyebarkan benda ni ialah seorang penganut agama Coptic Egyptian Christian bernama Morris Sadek (seperti gambar di bawah Left bersama Terry Jones).

Terry Jones ni adalah salah seorang penyokong kuat filem ni..ingat sape Terry Jones?..dia adalah Paderi di Amerika yang bertanggungjawab membuat provocation terhadap dunia Islam dengan membakar Kitab Suci Al-Quran di gereja beliau beberapa tahun lalu.


Coptic Christian ni adalah cabang pada Christianity contohnya macam Protestan, Catholic, Orthodox dan banyak lagi dan Coptic ni based kat Arab dan Timur tengah di bawah Keluarga Gereja Oriental Orthodox.

Tapi sape dia Nakoula Basseley ni?

Ok..dia adalah "malaun" yang bertanggungjawab membuat, menulis serta mem"produce" trialer ni..atau dalam bahasa senang nya Tuan Director dia la.

Pada asalnya trialer ni semasa di buat pada 2011 bertajuk "The Dessert Warrior" dan memang pelakon dan extra semua tak tau yang trailer ni berunsur Anti-Islam.

Kire kan lebih kurang macam cite ala-ala The Lion of The Dessert la kalau korang pernah tengok.

Semua pelakon dalam trailer ni tak diberitahu mengenai status filem ni semasa mereka menerima tawaran dan skrip pun lain.

Bila dah siap semua lain pulak jadi dan sekarang lepas sorang sorang pelakon saman Tuan Director..huhu..amik la ko obat.

Yang Jay marah sangat is yang kite tak kacau agama orang kenapa la nak kacau agama kita..buat ajela cite pasal agama korang sendiri.

Selepas siap proses dubbing dan segala-gala bendanya, trailer ni di air kan pada bulan June di sebuah studio kecik kat Hollywood dan lebih kurang 10 orang je datang..pakai title "The Innocence of Bn Laden"

"Pra-tonton filem The Innocence of Bn Laden"
Mamat "Becile" ni ialah kelahiran Arab dan menggunakan terlampau banyak nama samaran atau alias..maybe banyak sangat masalah kot mamat ni.

Berikut ialah nama samaran yang mamat ni pakai buat masa ni.

  • Sam Bacile
  • Mark Basseley Youssef
  • Yousseff M. Basseley
  • Nicola Bacily
  • Robert Bacily
  • Erwin Salameh
  • Thomas J. Tanas
  • Matthew Nekola
  • Ahmad Hamdy
  • Amal Nada
  • Daniel K. Caresman
  • Sobhi Bushra
  • Kritbag Difrat
  • PJ Tobacco
  • Malid Ahlawi

Becile ni memang bermasalah..dan mengikut Associated Press, dia mengalami masalah kewangan termasuk saman 106,000 Us Dollar pada 1997 dan juga saman cukai 191,000 pada 2006.

Dia memiliki sebuah stesen minyak dia California dan perniagaan ni jugak pun kena saman sebab hutang cukai..perrghhh..banyak gila saman dia ni..kalau kena saman parking ok la jugak.

Pada 1997 dia pernah disabitkan kerana ingin memproses Metphaphetamine dan mengaku bersalah dan di penjarakan setahun di Los Angeles County Jail.

Selepas keluar pulak dia kena jail pulak setahun lagi sebab gagal membayar hutang cukai yang tertunggak.

Pada tahun 2010 dia mengaku bersalah atas dakwaan membuat penipuan bank dimana dia membuka akaun menggunakan identiti yang dicuri dan nombor keselamatan sosial juga dicuri.

Dia keluar pada June 2011 dan diarahkan supaya tidak memakai nama samaran juga tidak menggunakan Computer mahupun Internet selama lima tahun tanpa kelulusan pegawai parol.

Memang dia bermasalah tapi belum sampai membunuh je la lagi..dadah semua dah ada.

Semasa Trailer ni meletup kat dunia kena kena pulak dekat dengan tarikh September 11th, memang huru-hara kerana masyarakat Islam yang lepak lepak tetiba kena kejut dengan benda yang memang bagi Jay terlampau biadap.

Disebabkan keadaan tegang ini sehinggakan Duta Amerika Syarikat di Libya dibunuh baru baru ini.

Orang kita tak pernah buat cite pasal agama lain sebab hormatkan agama lain..tak pernah la Jay tengok di mana mana masyarakat Islam membuat joke pasal agama lain dan the best part is orang yang buat joke pasal Christian is orang depa jugak.

So kenapa nak ganggu penganut agama lain?

"Nakoula Basseley di escort dengan polis semasa nak keluar rumah."
Sekarang youtube dah block access untuk membuka filem ni dalam domain dia dan sekarang malaun Becile ni hidup dalam ketakutan even nak keluar pun nak kena escort dengan polis.

Sebenarnya untuk pengetahuan banyak lagi filem dari United States yang ada membuat penghinaan terhadap Islam contohnya The Thirteen Warriors, Robinhood : The Prince of Thiefts dan Tomcats tapi takde sampai penginaan macam ni..yang ini dah terlampau biadap.

So malas nak cite lebih lebih nanti jadi lain pulak just nak bagi tau kite di dunia ni hidup bermasyarakat so hormat la each other..even dalam Islam pun menyuruh kita menghormati sesama kita tak kira budaya, agama mahupun kepercayaan.

So okay la..

Hope you guysss enjoy.

So ini la secara ringkasnya tentang siapa dia Nakoula Besseley ni.

So ini je Jay dapat review kan sebab takut nanti you all bosan Jay bebel panjang-panjang..huhu..and Jay harap korang semua mendapat info..okay guys.

Kalau ada sebarang pertanyaan or comment or nak berkongsi bole la email kat Jay di adress di bawah.

ceo@poise.my




or bole komenkan kan ruang khas kat bawah review ni,

Kite Layannnzzz..- Jay the Editor


www.lepak.com.my

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :