Pengakuan Remy Ishak :
"Benar, kami sudah bukan lagi pasangan kekasih. Sudah tiga bulan dan
rasanya sekarang saya patut membuat kenyataan agar kehidupan dan
pergaulan seharian yang saya dan Tiz lalui tidak mengelirukan dan
menimbulkan spekulasi yang lebih besar. Sebagai lelaki, saya ambil
tanggungjawab itu untuk berterus-terang, saya tidak mahu memburukkan
keadaan," tegas Remy tentang percintaannya yang telah bertemu jalan
penamat.
Berputik cinta dari lokasi filem Nur Kasih The Movie, Remy
bagaimanapun tidak menafikan dibaluti kesedihan kerana terpaksa
melupakan perhubungan yang telah dibina sejak tiga tahun lalu.
"Siapa tak sedih lepas putus cinta, tapi saya kena terima hakikat
bahawa kami tidak boleh meneruskan komitmen dan memasuki fasa yang lebih
serius. Saya harus melepaskan Tiz, dia masih muda, masih banyak yang
mahu diterokainya," ujar Remy sambil memohon semua pihak agar tidak
mencari kesalahan mana-mana pihak atas perpisahan mereka.
"Sebelum timbul salah sangka atau cerita yang lebih teruk dan
menjatuhkan imej kami berdua, rasanya sudah tiba masanya untuk saya buka
mulut," katanya.
Sambil menjelaskan masih boleh berkawan dan perpisahan itu tidak
menyekat hubungan profesional mereka sesama artis, sebagai bukti kata
Remy: "Kami sama-sama di lokasi drama bersiri Cinta Jangan Pergi arahan
Khabir Bhatia. Dalam drama itu saya masih boleh berlakon jadi kekasih
Tiz."
Walaupun telah berpisah, pasangan ini masih boleh bekerjasama dalam lakonan masing2 dan sungguh profesional.....Ikuti kisah mereka selanjutnya di Kosmo.