Bulan Ramadhan dah nak menjelang tiba. Mesti ramai antara korang yang dah fikir-fikir nak cari tempat untuk berbuka puasa. Ada satu tempat ni saya rasa sesuai untuk korang kalau nak berbuka puasa. Kalau korang duduk dekat2 dengan area Bagan Lalang tu bolehlah singgah di Restoren Terapung HM Sri Bagan Sdn Bhd, Bagan Lalang. Saya telah berkunjung di restoren ni bulan lepas dan makanannya boleh tahan sedap juga. Ikan, sotong dan udang semuanya fresh. Memang sedap. Sebelum makanan sampai tu korang akan dihidangkan dengan kerepek. Bukan free ok. huhuhuhu.....
Masa saya datang tu petang so orang taak ramai sgt lagi. Biasalah orang Malaysia ni malam2 baru keluar cari makan kan. So ini adalah antara makanan yang saya order. Nampak sedap dan memang sedap pun. Apa lagi cubalah okay......