Berita ini disahkan sendiri oleh Ella di mstar. Kalau dah jodoh tak kemana. Sama ada lambat atau cepat saja.
Berikut adalah petikan dari mstar.
"Insya Allah majlis resepsi nanti pada 1 Disember depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya saya akan jemput lebih ramai tetamu," katanya.
Ella bersama Azhar iaitu seorang juruterbang syarikat penerbangan Firefly yang berusia awal 30-an mula mengenali antara satu sama lain sejak sembilan tahun lalu, namun hubungan itu menjadi lebih serius tiga tahun kebelakangan ini.
Menyifatkan Azhar sebagai seorang yang sangat memahami dan menerima dirinya seadanya, Ella yakin jodohnya sudah tiba.
"Sembilan tahun kenal tetapi kerana kesibukan tugas masing-masing membuatkan kami berhubung secara jarak jauh sahaja.
"Hinggalah akhir-akhir ini hubungan itu semakin serius dan kami memutuskan untuk melangkah ke peringkat lebih baik. Lantas pihaknya datang merisik pada 17 Jun lalu di rumah keluarga saya di Klang," katanya.
Sumber : mstar