Isu PTPTN mula hangat diperkatakan apabila sekumpulan mahasiswa menyertai demonstrasi membantah PTPTN di Dataran Merdeka April lalu serta janji Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu memansuhkan pinjaman pelajaran itu jika parti pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang.
Dalam pada itu Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli menerusi sidang medianya menggesa Mohamed Khalid menjelaskan mengenai status pembekuan pinjaman tersebut kepada pelajar Unisel.
Dan kini, bagi merealisasikan hasrat itu, PTPTN telah membuat keputusan untuk membekukan pinjaman PTPTN bagi pelajar Unisel bagi memberi peluang kepada pembangkang untuk menyediakan pendidikan percuma di negeri yang ditadbir mereka. Walaubagaimanapun pembekuan tersebut hanya membabitkan pelajar kemasukan baru pada April 2012 ini dan tidak melibatkan pelajar lama yang telah meneriman pinjaman PTPTN sebelum ini.
Menurut menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin,PTPTN membuat keputusan ini awal bulan lalu kerana mereka juga menerima tekanan politik daripada pihak pembangkang yang mahukan pelajar-pelajar pengajian tinggi diberi pendidikan percuma di negara ini.
Nampaknya pendidikan juga telah dipolitikkan dan yang menjadi mangsa adalah pelajar sendiri. Pada pendapat saya, sebagai pelajar, masih memerlukan bantuan pinjaman daripada kerajaan kerana kos untuk menyambung pengajian tidak semua keluarga mampu. Pinjaman seperti PTPTN ini memang membantu. Saya sendiri pernah menjadi pelajar (16 tahun lalu) di institusi pengajian tinggi dan pinjaman yang disediakan memang membantu keluarga saya pada ketika itu yang agak kurang berkemampuan (walaupun tidak menerima pinjmana PTPTN). Saya juga tidak menyalahkan pihak PTPTN kerana ada gesaan daripada pihak luar supaya pelajar yang telah menerima pinjaman sebelum ini tidak membayar pinjaman mereka dan gesaan untuk memansuhkan PTPTN itu sendiri.
Sebahagian pelajar yang membantah PPTN |
Saya sendiri tidak suka untuk memihak kepada sesiapa pun tetapi cuba kita fikirkan nasib generasi akan datang. Pada pendapat saya bantuan pinjaman ini memang diperlukan oleh pelajar dan para pelajar ini tersepit dengan agenda politik yang tidak berkesudahan. Cubalah jangan politikkan masa depan generasi akan datang. Dengan kata lain, jangan politikkan isu pendidikan di negara kita. Kedua-dua pihak patut mencari jalan penyelesaian supaya pelajar kita tidak tersepit dan menjadi mangsa politik.
p/s: Mungkin pihak PTPTN boleh menambahbaik sistem sedia ada yang perlu dipertingkatkan supaya ada kebaikan di kedua-dua pihak antara pelajar dan PTPTN. Dan diharap pembekuan ini hanyalah bersifat sementara.
Sumber : mstar