Selasa, 26 Jun 2012

Mahkota Hotel, Melaka

Baru-baru ini saya telah menghadiri Bengkel di Mahkota Hotel, Melaka. Ini adalah merupakan kunjungan saya kali ke2 ke Mahkota Hotel ni. Sebelum ni pernah juga menginap di Equatorial. Mentang2lah ofis bayar kan...huhhuhuh.....inilah masanya pun....kalau nak pergi sendiri susah sikitlah kot........



Mahkota Hotel ni sesuailah kalau nak buat bengkel yg bajet sederhana. Mula2 kami nak menginap di Equatorial, tapi memandangkan masa tu Singapore cuti, so banyak hotel penuh dengan orang Singapore. Singapore yg cuti, Melaka yg penuh. Hhuhuhu......

Mahkota Hotel ni jenis apartment. Cuma tak berapa nak berkenan sikitlah dengan bilik dia. Untuk bilik single (saya dapat bilik single) okay jugaklah walaupun sempit, untuk yg twin sharing nampak sempit sangat sebab ada dua katil single yang dirapatkan. Bilik sama besar jer dgn bilik single.

 

Lagi satu, ada bilik yang tak ada air dan tersumbat...TV tak berfungsi dengan baik.Tapi ruang tamu agak besar jugak...Nasib baiklah bengkel kali ni tak ada pengurusan tertinggi yang hadir sama seperti di MS Garden Kuantan bulan lepas. Kalau tidak susah jugakkan. Sepatutnya tak terjadi lah macam ni. Masalah air tu sepatutnya dapat diselesaikan sebab sebagai customer kita ada hak nak dapat keselesaan.


Bab makan pula memang tak banyak pilihan. Makan ajerlah apa yang dihidangkan. Mungkin pihak hotel boleh perbaiki mutu perkhidmatan di masa akan datang.

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :