Isnin, 28 Mei 2012

Himpunan Jutaan Belia 2012 : Kemalangan menyayat hati Drag Racing.


Salam Satu Malaysia warga lepak.

Dah lama rasanya Jay tak dapat meluangkan masa membuat coretan mengeluarkan buah akal kerana terikat dengan kerja hakiki.

Sebagai pembuka coretan Jay kali ini setelah meninggalkan portal lepak ini , Jay terpanggil untuk berkongsi pendapat dan pandangan tentang insiden yang berlaku beberapa hari lepas di Program Himpunan Jutaan Belia bertempat di Putrajaya.

Umum mengetahui tentang kemalangan ngeri yang melibatkan sebuah kenderaan dan penonton yang berlaku semasa program Drag Racing di Putrajaya tempoh hari.

Sungguh mengecewakan bagi Jay apabila melihat perkara yang tidak patut berlaku akhirnya berlaku dalam sebuah acara bertaraf antarabangsa ini.

Tidak menuding jari tetapi kecewa dan kesal melihatkan faktor keselamatan yang amat "lekeh" pada satu program yang memang umum tahu sungguh berisiko tinggi untuk mengalami kemalangan dan kecederaan.

Lama dah Jay tinggalkan dunia Drag ini sejak melanjutkan pelajaran ke London dulu dan juga sejak "port" utama peminat dan fan Drag ini di Batu Tiga Shah Alam ditutup.

Jay setuju sangat dengan pemberi komen vedio clip dari portal youtube yang bakal anda saksikan di bawah yang Jay upload kan bersama coretan ini..:"zaman Drag dudulu memang tak pernah langsung lah nampak penonton terlampau dekat dengan area Drag".

Memang Jay setuju sangat..tapi apa yang Jay dapat lihat dari rakaman saksi jarak antara litar untuk Drag ni tak sampai 5 kaki je dari penonton.

Masa dudulu tak kisah lah driver nya Aduka ke Malee ke or sesape pun memang keselamatan diutamakan walaupun tanpa di sponser oleh sesape pun mahupun badan korporat.

Yang Jay terlampau sedih is barricade yang disediakan untuk menghalang penonton dari masuk ke kawasan track sekadar berupa "syok sendiri" dan bole panjat pulak tu.

Just imagine kalau budak kecik yang masuk dalam track tu sebab kena ingat budak kecik kekadang diluar kawalan so apa yang boleh berlaku semasa track car tengah full throttle..tu kena la jawap sendiri.

Bagi Jay bila tengok keadaan ni rasanya barricade untuk Go Cart lagi selamat kot.

Bukan ke pihak penganjur atau yang bertanggungjawab sepatutnya menyediakan semua "tool tool" keselamatan untuk program semerbahaya ini?

Jay rasa mungkin sebab terlampau banyak sangat program dijalankan serentak sehingga pihak penganjur lupa akan SOP (Standard Operating Procedure) untuk sebuah acara perlumbaan Drag.

22 pentas berjalan dan beberapa acara lain turut berlangsung secara simultaneously di sekitar Putrajaya.

So memang tak memang mesti ada jugak yang terlepas pandang punya lah..nama pun manusia nak nak lagi yang memang tak tau nak co-ordinate lagi lah carca merba.

Tapi bagi Jay kalau dah terhantuk baru nak terngadah memang takde gunanya sebab kepala dah benjol so Jay nasihatkan kepada yang bertanggungjawab ni bukan sekadar kena ambik iktibar sebab dengar pasal iktibar safety ni dah selalu sangat dah dalam TV tapi jugak kena la buat penambahbaikan dan pegi la buat kursus safety secara intensive ye sebelum banyak lagi nyawa melayang.

Kita kat Malaysia kan ada flow chart dan SOP safety piawaian bertaraf antarabangsa so ikut je la..jangan sekadar label ISO la Standard la semua benda tu kat certificate je tapi buat tak tau..so mengaji dulu ye.

Zaman teknologi serba canggih ni Jay sedih sebab safety standard kite masih lagi kat zaman dinosaur walaupun tau bakal berdepan dengan risiko yang significant.

Jay bagi contoh bayangkan kita kena sondol dengan basikal dari belakang pun dah melompat inikan pulak rempuhan dari kereta yang berpurata berat 1 ton merempuh pada kelajuan 200 km sejam.

Kira momentum dan gravity serta acceleration kereta tu dapat la purata kuasa rempuhan lebih kurang menyamai lori 3 ton hempap kita.

Jika tidak melibatkan nyawa memang takde hal la sangat tapi kalau dah sampai ada nyawa melayang memang Jay kesal sangat sebab nyawa terkorban hanya sia sia tanpa justification yang kukuh.

So Jay rase lepas ni acara racing racing ni tak perlu la ada sangat kot kalau safety priority masih lagi kat zaman batu cave man.

Buat meluat tengok acara se "grand" ini tapi still low in detail.

Sama sama la kita renungkan.

So okay la Jay tak nak tulis pepanjang nanti korang ngantuk pulak just tengok video ngeri ni ketika berlakunya insiden kemalangan tu dan kita doakan yang terbaik.

Kalau you all terasa nak tengok clip lain bole la check kat dalam youtube..type aje drag crash Putrajaya ok.

Kalau you all ada apa apa nak dikongsi atau luahan ataupun pertanyaan boleh la email kan kat Jay di:

ceo@poise.my

Salam.


lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :