Selasa, 1 Mei 2012

BERSIH 3.0: Peserta BERSIH yang kurang ajar

Mungkin ramai yang bosan nak dengar tentang BERSIH 3.0 yang diadakan pada Sabtu lepas...Di dada-dada akhbar, blog-blog, status di FB, Twitter dan sebagainay semuanya masih belum puas memperkatakannya...ada yang sokong dan ada juga yang tidak bersetuju dengan keganasan yang berlaku..ada yang menyalahkan polis dan sebagainya......kenapa perlu salahkan polis?.....bukankah perhimpunan itu sebenarnya adalah secara aman tetapi bertukar ganas...bila dah mengganas, perlukah polis berdiam diri sahaja....saya tidak berpihak pada mana-mana pihak tetapi patutkah orang yang bertudung litup, berserban, dengan sesuka hati merosakkan harta benda....mencederakan orang..bukankah boleh diadakan secara aman saja...perhimpunan berjalan seperti biasa dan tiada kecederaan dan kerosakan..





Okaylah..melalut pula sebab terlalu emo..huhuhu.....berbalik pada tajuk kita......semalam semasa saya menonton Buletin Utama TV3, saya tertarik dengan satu video yang disiarkan dimana seorang perserta BERSIH telah ditegur oleh seorang jurugambar warga asing akibat kelantangan peserta ini. Terus terdiam tak terkata.....Terasa malu pula saya dengan kelakuan rakyat sendiri yang menggambarkan betapa teruknya etika kita sebagai rakyat Malaysia.....memang patut pun kena tegur macam tu......jangan nak biadap sangat nak tunjuk samseng.....


p/s: Patutnya kita malu dengan rakyat asing dengan apa yang kita dah buat...tunjukkanlah teladan yang baik bukan yang mencemarkan imej negara. Kalau tak suka sekalipun bukan dengan bersikap biadap seperti ini. Kadang2 kita tak tahu apa motif kita berhimpun macam ni..yang kita tahu, nak merusuh, rosakkan harta benda, nak salahkan polis......fikir2kanlah....kita diberi pelajaran dan otak untuk berfikir secara waras bukan menggunakannya ke jalan salah.

Sumber gambar: kisah69

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :