Ahad, 29 April 2012

Perhimpunan BERSIH 3.0 (28 April 2012): Masih relevankah perhimpunan yang menyusahkan orang awam?


Semalam memang kecoh dengan BERSIH 3.0....selepas menghuru harakan negara dengan perhimpuna  BERSIH 2.0 pada. Saya tidak berkesempatan untuk update tentang perkembangan BERSIH 3.0 semalam kerana dalam perjalanan ke Pulau Pinang kerana urusan keluarga. Tapi rasanya tak terlambat lagi untuk saya menulis tentang BERSIH 3.0 yang berlaku semalam.

BERSIH 3.0 yang asalnya berlangsung secara aman telah bertukar menjadi ganas kerana bertindak ganas dengan membaling objek kepada polis dan memaksa polis membuka laluan untuk memudahkan mereka bergerak menghampiri Dataran Merdeka.





Mereka juga dikatakan cuba memasuki permukaan tahah Dataran Merdeka menyebabkan pihak polis terkasa melepaskan gas pemedih mata bagi menghentikan kemaraan mereka.

Kenapa perhimpunan yang sepatutnya berlangsung secara aman bertukar menjadi ganas? Secara peribadi, saya tak sukakan tindak tanduk yang ganas begini. Kalau pun kita tak suka dengan apa yang kerajaan laksanakan sekarang bukan ini caranya. Sepatutnya penganjur perhimpunan BERSIH 3.0 ini memikirkan implikasi kepada penduduk setempat, perniagaan yang dijalankan di sekitar perhimpunan yang mesti terjejas dan keselamatan. Tidak salah kalau nak menyatakan pendapat sekiranya tak setuju tapi perlukan kena pada caranya.....kita mmg ada hak untuk memberi pendapat dan menentang kalau tak suka tapi fikirkan org lain yang tak ada kena mengena dengan agenda kita.


Bukankah boleh berhimpun secara aman dan gunakan sahaja alternatif tempat yang diberikan dan bukan menentang arus.....Tak fikir ke semalam tu ramai yang dah ada agenda di KL dan juga bercuti tapi terpaksa dibatalkan atas alasan perhimpunan yang menyusahkan ni.....Masing2 ada hak utk bersuara tapi perlu dilandasan yang betul. Yang paling saya kesalkan, hasutan demi hasutan diterima yang disebarkan melalui FB dan sebagainya.......

Persoalan sekarang...masih relevankah perhimpunan yang merosakkan harta benda, menyusahkan orang dan mengganggu perniagaan ini di adakah di Malaysia?  Tak malukah kita pada pelancong yang datang? Apa pandangan mereka pada Malaysia?...Sikit2 merusuh...sikit2 merusuh....Inikah cara kita rakyat Malaysia?....Masing2 ada pendidikan yang tinggi  so fikirkanlah cara yang lebih baik selain merusuh yang menyusahkan orang...




Apa motif BERSIH 3.0 sebenarnya?....Saya sedih bila tengok negara yang kucar kacir macam ni....masih ada jalan penyelesaian dan bukan dengan cara hanya menampakkan imej negara yang buruk..Fikir2kanlah....

                                                        Video BERSIH 3.0




Okaylah berikut adalah kronologi tentang perhimpunan BERSIH 3.0 semalam yang saya ambil dari blog EncikNakal. Tak sempat nak ikuti secara detail semalam...huhuhu...

kredit gambar : enciknakal, mstar

p/s: pihak penganjur perlu mengawal keadaan supaya keadaan tidak menjadi huru hara.


lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :