Khamis, 29 Mac 2012

PRU 13 bakal diadakan Jun 2012?


Selepas pengumuman PM tentang pembatalan SBPA dan SSM ditambahbaik baru-baru ini, ramai yang menjangkakan pengumuman tarikh Pilihanraya Umum yang ke-13. Sememangnya kenaikan gaji penjawat awam memang sinonim dengan pilihanraya yang akan diadakan. Pada PRU ke-12 pun,  gaji penjawat awam telah dinaikkan. Jadi, pada pendapat saya, pengumuman tarikh PRU ke-13 pula menyusul tidak lama lagi.

Lagipun, kursus-kursus bagi petugas pilihanraya kembali aktif selepas pengumuman tentang SBPA yang lalu. Semalam, di media juga telah mengumumkan bahawa rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pemilih sebelum Ahad ini berpeluang mengundi pada PRU ke-13 jika pilihanraya diadakan selepas bulan Jun ini.

Kalau PRU-13 diadakan pada Jun ini bermakna tak lama lagi akan berperang poster lah....Sekarang pun poster-poster parti politik sudah mula digantung. Dah macam pesta poster pula walau;pun belum  ada pengumuman rasmi tentang PRU-13.

Saya masih ingat lagi ketika menjadi petugas PRU-11 dan 12. Memang satu pengalaman yang tak boleh dijual beli. Tapi tahun ni saya dah tak nak lagi jadi petugas. Berilah peluang pada adik-adik yang lain untuk timba pengalaman pula.

Harapan saya, pada PRU-13 ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang kekecohan. Dan PRU-13 ini dijangka sengit di 4 buah negeri yang telah bertukar kerajaan. Just Wait n See!






lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :