Semalam, laporan daripada Ketua Pengarah Pembinaan dan Penempatan Tenaga Kerja, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Dr Reyna Usman bahawa pembantu rumah yang akan dihantar ke Malaysia akan melakukan satu tugas khusus saja sama ada tukang masak, pengasuh bayi, penjaga orang tua atau pengemas rumah dengan gaji minimum RM700.
Menurut Dr Reyna, ia antara persetujuan yang dicapai dalam pertemuan Pasukan Petugas Bersama (JTF) Malaysia-Indonesia mengenai pengambilan, penempatan dan perlindungan pembantu rumah Indonesia serta majikan Malaysia di republik itu, kelmarin.
Tetapi, laporan daripada Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam mengatakan kerajaan tidak pernah bersetuju dengan cadangan itu dan tidak termasuk dalam MoU sebelum ini.
Selepas keluar laporan ni semalam, rata-rata tidak bersetuju dengan cadangan ni....yelah..takkan dengan hanya satu kerja tetapi dibayar gaji RM700 sebulan....ini dah kira membebankan majikan....cadangan ni memang malampau pada pendapat saya...Cuba bayangkan dengan hanya kerja memasak dapat RM700....lepas tu kalau nak tambah skop kerja kena tambah lagi duit...kalau ada 4 skop kerja....gaji pembantu rumah ni dah mencecah RM2,800...kalau gaji macam ni tak kalah gaji eksekutif......dah macam gaji profesional pula...graduan lulusan Universiti pun belum tentu dapat gaji macam ni......makan, pakai dan tempat tinggal diberikan majikan..dah la balik kerja penat, kena pula buat kerja rumah yang tak termasuk skop kerja pembantu rumah....memang naik lemak lah kan pembantu rumah Indonesia ni......
Kepada kerajaan Malaysia, jangan layan sangat karenah diaorg ni..ada banyak lagi rasanya negara yang boleh hantar pembantu rumah kepada Malaysia....
p/s : Saya SANGAT TIDAK BERSETUJU pembantu rumah dibayar RM700 dengan hanya satu skop kerja.
Sabtu, 17 Mac 2012
About lepak.com.my
lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua
Pembantu rumah dari Indonesia cuma buat satu kerja dan dibayar RM700: Membebankan majikan
2012-03-17T12:07:00+08:00
lepak.com.my
Nasional|