Ahad, 26 Februari 2012

Tazkirah : Khasiat ayat 1000 dinar



Maksudnya:

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."


Kita memang biasa mendengar tentang khasiat ayat 1000 dinar ni. Ada yang membacanya dan ada juga yang menggantungkannya di dinding. Walaubagaimanapun, ayat ini adalah lebih afdal kalau dihafal dan dibaca (diamalkan) setiap hari.

Antara khasiat ayat 1000 dinar ini ialah:

1. Ayat 1000 dinar ini ialah adalah sebaik2 doa dan penyelesaian semua masalah. Elok dibaca ketika untuk mendapatkan perlindungan dari segala musibah dan ketika di dalam kesusahan. Sentiasa diberikan jalan keluar bagi setiap kesulitan yang menimpa.

2. Diamalkan setiap hari, insya allah akan dapat rezeki yang banyak dan rezeki yang tidak diduga dan disangka2. Kalau pada sesiapa yang memang ada menjalankan perniagaan eloklah diamalkan setiap hari dan bukan hanya menggantungkannya di dinding tanpa mengamalkannya dan tidak bersolat. Kita nak mintak tolong pada Allah, kenalah kita melaksanakan suruhanNya.

3. Elok diamalkan bagi melindungi diri dari musibah serta perlindungan daripada syaitan, jin dan iblis. Sekiranya kita berada di dalam kesusahan, amalkanlah doa ini, insya Allah, Allah sentiasa mendengar rintihan kita.

4. Jika dibaca kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada pesakit dan dijampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya allah akan sembuh dari penyakitnya.

5. Seeloknya ayat ini dibaca selepas solat fardu lima waktu, ketika hendak tidur 3 kali dan baca sekurang2nya 3 kali sebelum keluar dari rumah.

p/s: Alhamdulillah, selepas mengamalkan ayat ini setiap hari, ada saja rezeki yang datang.. rezeki yang tidak disangka2......alhamdulillah...berdoa juga kenalah seiring dengan usaha...:) .itulah kekuasaan Allah...sentiasa mendengar doa kita....sekiranya ada kesulitan, bacalah ayat ini, akan diberikan jalan keluar..Minta dengan Allah kita tak akan rugi, sama ada lambat atau cepat sahaja. Jangan minta selain daripada Allah.


Sumber : resepirahsiaku

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :