Di hari Jumaat yang mulia ni saya nak share doa yang patut kita amalkan sebagai umat Islam. Kadang2 kita tak tahu apa niat buruk orang pada kita. Orang yang kita anggap baik dengan kita pun tak semestinya dalamannya baik juga sepertimana luaran. Walaupun tak semua macam tu tapi kita sebagai orang Islam kena ada pendinding diri. Tapi jgnlah mintak dengan makhluk2 yang tak sepatutnya. Mintaklah dengan Allah...Insya allah....Allah itu sentiasa mendengar....yang penting yakin......
Maksud ayat 17
Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka akan tetapi Allah jualah yang menyebabkan pembunuhan mereka dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapu Allah jualah yang melempar (untuk membinasakan orang-orang kafir) dan untuk mengurniakan orang-orang yang beriman dengan pengurniaan yang baik (kemenangan) daripadanNya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Cara Amalan:
1. Baca selepas solat sebanyak yang boleh sekurang-kurangnya 9x. Kalau boleh jadikan sebagai zikir.
2. Bacakan doa ini semasa dalam perjalanan untuk sesuatu urusan sebelum mesyuarat/perjumpaan/mengadap orang atasan yang akan kita jumpa nanti. Ayat pendek jer..mudah nak hafal...
3. Insya allah akan sentiasa akan dilindungi dan tidak memberi peluang untuk orang lain yang ada niat jahat seperti menghantar sihir dan sebagainya.
p/s : Saya sentiasa amalkan setiap kali nak pergi mesyuarat dan jumpa bos...Alhamdulillah dipermudahkan segalanya dan hatipun lebih tenang...maklumlah kadang2 nak jumpa bos pun berdebar2....dan mengelakkan menjadi mangsa fitnah.....kalau orang nak jatuhkan kita dengan fitnah pun dah boleh..renung2kanlah..jgn malas untuk meminta dengan Allah......
Sumber: resepirahsiaku