Ruangan resepi kembali lagi. Kali ni nak share satu lagi resepi iaitu Sambal sotong. Selain sotong korang boleh gunakan udang....terpulang mana yang korang suka....kalau dah boring asyik2 ayam dan daging....tukar selera pulak dengan sotong k....
Bahan-bahan
1. Sotong (bersihkan)
2. Cili kering (dikisar)
3. 1 biji bawang putih (dikisar)
4. 1 biji bawang besar (dikisar)
5. 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
6. Asam keping atau air asam jawa
Cara
1. Tumis bahan-bahan yang dikisar tadi sehingga masak
2. Masukkan sotong.
3. Masukkan asam keping atau air asam jawa dan garam secukup rasa
4. Bila sotong dah cukup masak, masukkan bawang yang telah dipotong bulat tadi.
5. Siap untuk di makan.
Ahad, 19 Februari 2012
About lepak.com.my
lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua
Resepi : Sambal sotong
2012-02-19T22:00:00+08:00
lepak.com.my
Resepi|